Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Mahu Elak Hujan, Penunggang Motosikal Tetap Disaman!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-03-11
in BULETIN, UTAMA
0

Seorang pekerja pemasangan memberi alasan mahu mengelak hujan yang mendorongnya membina ‘bumbung’ pada skuter SYM VTS 200 miliknya sejak tahun lalu. Malah, ‘bumbung’ yang dibina sendiri oleh lelaki berkenaan turut dilengkapi dengan penggilap cermin (wiper) di bahagian hadapan. Lelaki berusia 52 tahun itu berkata, dia mengeluarkan modal sebanyak RM300 bagi membeli komponen digunakan bagi membina bumbung berkenaan.

“Bumbung ini saya pasang sendiri sejak tahun lalu kerana mahu mengelak hujan. Walaupun saya tahu tindakan ini salah, namun saya yakin struktur ini kukuh.

“Sepanjang tempoh saya pasang struktur ini, saya tidak pernah disaman pihak berkuasa. Ini adalah kali pertama,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan antara individu yang disaman kerana kesalahan mengubah suai struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan dalam Operasi Kesalahan Teknikal (Motosikal) di lokasi terbabit yang bermula 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, seramai 50 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi itu yang berakhir jam 6.30 petang tadi.

“Sebanyak 1,050 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 150 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi itu juga, kami mengeluarkan 344 notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, nombor pendaftaran fancy, tayar kecil serta ubah suai ekzos,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi berkenaan, hari ini.

Mohd Zaki berkata, operasi itu dilaksanakan bukan semata-mata untuk mencari kesalahan pengguna, namun ia bertujuan untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan.

“Pengguna perlu tahu adalah penting bagi mereka untuk mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Ini termasuk bagi komponen seperti tayar yang penting untuk kestabilan kenderaan. Jika ia diubah tidak mengikut spesikasi, ia boleh membahayakan nyawa,” katanya.

Sumber : Hmetro.com.my

 

Previous Post

Permintaan Tinggi, Yamaha LC 135, Yamaha RXZ dan Honda EX5 Jadi Sasaran

Next Post

Sedia Bersaing...Dengan Cara Yang Lain?

Next Post

Sedia Bersaing...Dengan Cara Yang Lain?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved