Saban minggu, ada sahaja aktiviti dan program dianjurkan tanpa mengira samada ia rasmi atau sekadar perjumpaan suka-suka. Baru-baru ini, satu perhimpunan para pemilik motor RXZ telah dianjurkan yang menyaksikan kehadiran lebih 100 buah motosikal pelbagai model RXZ.

Diadakan pada 11 Disember lalu, Gathering Brotherhood RXZ -N9 ini dianjurkan buat kali pertama tetapi tetap mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Berlokasi di Warung D’ Akasia, program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk jamuan makan malam, sesi cabutan bertuah yang disampaikan oleh Mr. Alan KW, pameran motor Cub Prix dan bergambar bersama pelumba. Program yang dimulakan pada pukul 8.00 malam ini telah berakhir sekitar pukul 11.00 malam. Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir terutama sekali kepada barisan penaja seperti Estremo, KW Motorsport dan Warung D’ Akasia.



























