Lencongan Trafik Sementara Lebuh Raya Shah Alam
Lencongan trafik sementara akan dilakukan di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula 24 Ogos 2020 hingga 23 Jan 2021 bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan. Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja baik pulih itu akan menyebabkan penutupan lorong dilakukan secara berperingkat dari 10 malam hingga 6 pagi di sepanjang LSA bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya.
“Kesas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di kawasan kerja,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-5633 7188 atau menerusi media sosial Facebook/lebuhrayashahalam atau Twitter@kesastrafik. — BERNAMA