Selepas jenama Itali ini mendedahkan varian RR 2022 pada Jun lalu, kini tiba masa untuk ‘adik-beradiknya’ pula mencuri perhatian. Bagi melengkapkan Brutale 1000 RS untuk jalan, MV Agusta telah mengeluarkan klip yang disepadankan dengan pemegang bar. Ia bukan sahaja memberikan ruang yang lebih selesa untuk penunggang tetapi juga sempurna untuk pemapar 5.5-inci baru.

Perekanya juga telah membina tempat letak kaki untuk menampung kedudukan penunggangan yang lebih selesa. Seiring dengan pelarasan ergonomik, MV Agusta turut menukar suspensi elektrik Ohlins untuk fork boleh laras Marzocchi dan monoshock boleh laras sepenuhnya dari Sachs.

RR dan RS berkongsi lengan hayun yang sama, kerangka trellis dan enjin inline-four engin. Bagi tahun 2022, ia dikuasakan oleh enjin yang bersesaran 998cc dengan pengejukan cecair, 16-injap, DOHC. Bahagian internal dikemaskini untuk mengurangkan kepanasan dan meningkatkan reliabiliti serta menghasilkan pelepasan yang jauh berkurangan.

Sementara para jurutera membersihkan inline-four untuk mematuhi peraturan pelepasan moden dan dalam masa yang sama mengekalkan kompresi hypernaked 13.4:1, 208 hp dan tork 86 lb-ft. Platform ini juga mendapat module Continental MK100 IMU dengan kawalan traksi tinggi dan ABS lean-sensitive.

Manakala pemapar TFT 5.5 baharu tadi bukan sekadar untuk penampilan semata-mata. Penunggang boleh menyambungkan antara-muka dengan aplikasi MV Ride untuk penalaan terus dari telefon pintar. Dilengkapi dengan GPS dan pengesan Mobisat, ia juga mempunyai navigasi.
Sumber : Rideapart



















