Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lebih Ranggi, Lebih Bergaya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-19
in BULETIN, UTAMA
0

Plate Braket Model Ekei Bagi Honda RS150
Umum mengetahui bahawa sistem pemberhentian yang dipasang pada motosikal adalah bertujuan untuk menghentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Dalam kata lain, operasi bagi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi sesebuah motosikal dan juga setiap penunggang motosikal hari ini. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada motosikal masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal.

Walau bagaimanapun, kebanyakan motosikal moden menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya adalah lebih baik daripada brek mekanikal. Bagi sistem brek asal (kilang) model Honda RS150, ia tersedia dengan single (1) pot sahaja. Namun menjadikan permasalahan bagi pemilik untuk memodifikasikan sistem brek ini, ia harus menggunakan pemegang (braket) yang berbeza. Braket asal tersedia di bahagian dalam dan ia memberi kesukaran untuk membuat sedikit modifikasi mengenai sistem brek sedia ada. Penyediaan plate braket bagi cakera depan model Ekei untuk model RS150 membuka ruang samada untuk kekal pada sediada atau penambahbaikan terhadap penggantian sistem itu.

Tiga warna tersedia iaitu Gold, Black dan Silver dengan saiz 267mm memberi anda pilihan sekali gus menyerlahkan lagi kegarangan motosikal anda. Diakui mempunyai kualiti yang mantap berdasarkan standard Original Equipment Manufacturer (OEM), MMate sememangnya pilihan utama pemilik motosikal hari ini.

Penutup Minyak Dengan Pilihan Warna Menarik
Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk membuka penutup minyak (Fuel Tank Cap) ketika mula untuk membuat pengisian di stesen minyak. Kebanyakan pengguna motosikal hari ini tidak pernah mengutarakan atau menyentuh permasalahan ini. Malah komponen motosikal ini juga amat jarang diperhatikan oleh pengguna sekali pun bahagian ini kerap disentuh/digunakan ketika ingin membuat pengisian petrol. Kecuali selepas ia bermasalah, maka barulah pengguna tercari-cari solusi atau penyelesaian terhadap pembuka/penutup tangka minyak ini.

Sekiranya motosikal anda berdepan dengan masalah seperti di atas, MMate – produk yang mendapat kelulusan OEM, menyediakan empat pilihan warna penutup minyak khas bagi pemilik jenama motosikal Yamaha seperti Y15, LC135, SRL110, SRL115, NVX dan skuter besar XMAX 250.

Empat pilihan warna yang menarik sesuai dengan citarasa anda seperti warna Hitam, Kuning, Jingga dan juga Biru bukan sahaja mewarnai bahagian dalam motosikal anda malah ia juga menyelesaikan masalah membuka penutup atau fuel tank cap jentera anda.

Y15 Chain Adjuster 5 Pilihan Warna Menarik
Jentera Y15 anda kerap berlaku rantai kendur? Kenapa ia sering terjadi? Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah rantai cepat kendur. Apakah solusi yang boleh digunakan oleh pemilik motosikal ketika ini?

Terdapat beberapa pilihan untuk mengurangkan dan mengatasi masalah rantai kendur ini. Salah satunya adalah menggunakan chain adjuster (penegang rantai) yang mampu mengatasi masalah rantai cepat kendur. Jika jentera anda kerap berdepan masalah rantai kerap kendur, apa kata cuba produk MMate – Y15 Chain Adjuster yang dikhususkan bagi pemilik motosikal Yamaha Y15 dewasa ini.

Y15 Chain Adjuster merupakan produk aksesori tambahan yang bukan sahaja membantu mengekalkan ketegangan rantai anda, malah ia menyenangkan sekiranya anda malas untuk memegang spanar atau ke kedai motosikal yang mungkin jauh dari kediaman ataupun lokasi di tempat kerja.

Produk yang diikitiraf oleh OEM dari MMate, bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah rantai kendur atau tidak tegang malah ianya tampak bergaya dengan corak yang bersesuai dengan imej dan motosikal. Rantai motosikal kendur kebiasaannya terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, bikers haruslah mengetahui beberapa penyebabnya agar tidak menganggu perjalanan atau ia mampu menjejaskan masalah lain.

Antara penyebab rantai menjadi cepat kendur adalah bebanan berlebihan, jalan yang tidak rata atau beralun, cuaca yang ekstrem, kotaran yang melekat pada rantai/sprocket, memulas pendikit minyak dengan cara agresif dan rantai yang terlalu tegang ketika diubahsuai.

Terdapat 5 pilihan warna seperti Gold, Biru, Hitam, Perak dan Titanium, MMate Y15 Chain Adjuster merupakan produk yang diuji sepenuhnya dan ianya turut diuji dalam siri perlumbaan termpatan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Motomate (M) Sdn Bhd
Importers & Dealers Of Motorcycle’s Auto Parts Accessories & Helmets
No 13, 15, & 17,
Jalan Pinggir, Off Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur
No Tel :
03 – 4041 3380
03 – 4041 6418
03 – 4042 9844
03 – 4045 8288
Email : mmate1128@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/motomate3218/

Previous Post

Diarahkan Berpatah Balik Atau Dikenakan Tindakan Tegas

Next Post

Throwback : Sambutan Hari Raya NVOG & Friends Penuh Kemeriahan

Next Post

Throwback : Sambutan Hari Raya NVOG & Friends Penuh Kemeriahan

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved