Direka sebagai kenderaan bandar yang ringan, Honda U-Go menjadi salah satu skuter elektrik mampu milik yang dikeluarkan oleh pengeluar dengan reputasi tinggi. Honda tidak berhenti setakat itu kerana telah mengeluarkan sebuah lagi model skuter elektrik yang jauh lebih kecil. Honda U-Be, bukan sahaja bersaiz kecil dan ringan, malah lebih murah berbanding Honda U-Go.Dilengkapi dengan pelana tunggal, skuter ini direka khusus sebagai kenderaan peribadi yang tidak sama seperti U-Go yang masih boleh membawa pembonceng. Malah, rekaannya jauh lebih ringkas. Selain itu, U-Be turut menampilkan bantuan pedal yang baik dan dikategorikan sebagai perangkat mobiliti aktif. Ia merupakan kategori penting untuk beberapa negara tertentu.
Honda U-Be ini dikuasakan oleh magnet motor kekal 350watt dan mampu memecut sehingga 15.5 batu per jam. Ianya boleh ditambah lagi dengan menekan pedal sekuat hati anda. Panel instrumen digital ini sangat asas tetapi cukup bersih dan ditawarkan dalam tiga versi bergantung kepada kapasiti bateri.
Versi yang paling murah dilengkapi dengan unit 48V-15Ah yang mampu mencapai sehingga 55 km, manakala varian sederhana pula didatangkan dengan unit kapasiti lebih tinggi iaitu 48V-20Ah serta mampu mencapai sehingga 70km. Varian paling mahal atau yang paling top pula dilengkapi dengan bateri ion-litium 48V-24Ah yang mampu mencapai sehingga 80 km. Manakala harga yang ditawarkan pula bermula dari $480 USD (RM2,032.4285).
Sumber : Rideapart