Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lawatan Positif Ke Ibu Pejabat KEEWAY Di Barcelona

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-11-05
in BULETIN, UTAMA
0

Sesuai dengan mottonya, “Moving Forward (Melangkah Ke Hadapan)” MForce terus mengorak langkah dengan Pengurusan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Keeway Group di Eropah, yang terletak di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Lawatan ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha MForce untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama masa hadapan bersama rakan kongsi globalnya, Keeway Group. Untuk info, Keeway Group merupakan salah satu pengeluar motosikal terkemuka dunia dengan beberapa cawangan utama di benua Eropah.

Terletak di Barcelona sebagai ibu pejabat rasminya, ia berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan dan pemasaran untuk pasaran antarabangsa, serta menjadi tunjang utama dalam inovasi dan reka bentuk model-model motosikal baharu.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi MForce yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Asri Ahmad, bersama beberapa ahli pengurusan kanan, telah diberi taklimat menyeluruh serta dibawa melawat beberapa fasiliti utama termasuk pusat reka bentuk, makmal pembangunan produk dan jabatan kawalan kualiti.

Kedua-dua pihak turut mengadakan sesi perbincangan strategik yang memfokuskan kepada pembangunan model baharu, kerjasama teknologi dan perancangan pengedaran serantau khususnya bagi pasaran Asia Tenggara.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari serta mendapatkan nasihat daripada pihak Keeway Group berkenaan peningkatan kualiti perkhidmatan selepas jualan (after-sales service) yang dilaksanakan di Eropah.

MForce berhasrat untuk menyesuaikan dan melaksanakan amalan terbaik tersebut di Malaysia bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan serta memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama-jenama di bawah naungan MForce.

Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan jangka panjang antara MForce dan Keeway Group, malah membuka ruang kepada perkongsian teknologi, inovasi serta peningkatan kejuruteraan produk.

Melalui kerjasama ini, MForce berhasrat untuk terus menawarkan motosikal berkualiti tinggi dan berprestasi kepada pengguna di Malaysia serta rantau ini.

“Lawatan ini mencerminkan komitmen MForce untuk terus memperkukuh hubungan strategik antarabangsa serta meningkatkan tahap inovasi dalam industri motosikal tempatan.

“Kerjasama rapat dengan Keeway Group membolehkan kami membawa teknologi dan rekaan bertaraf dunia kepada pelanggan kami,” ujar Asri Ahmad yang menyifatkan bahawa lawatan ini merupakan permulaan kepada fasa baharu dalam perancangan dan pengembangan global MForce.

Menurutnya, terdahulu MForce telah pun memulakan beberapa perancangan strategik untuk memiliki pegangan ke atas sebuah jenama motosikal terkenal dari Eropah, sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang syarikat untuk memperkukuh kedudukan dalam industri motosikal antarabangsa.

“Ini merupakan satu permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Sebelum ini, MForce sedang membuat perancangan untuk memiliki pegangan ke atas sebuah jenama motosikal terkenal dari Eropah.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang kami untuk memperluas kehadiran di pasaran global dan membawa kepakaran Eropah ke dalam pembangunan produk MForce,” jelas Asri lagi.

Kerjasama ini turut mengukuhkan kedudukan MForce sebagai wakil rasmi Keeway Group di rantau Asia Tenggara, sejajar dengan visi kedua-dua pihak untuk membentuk rangkaian industri motosikal global yang lebih dinamik, berinovasi dan berdaya saing.

Previous Post

Menggegarkan dan Mendominasi Dunia Superbike

Next Post

Keseimbangan Antara Gaya, Fungsi dan Keselesaan di Atas Jalan

Next Post

Keseimbangan Antara Gaya, Fungsi dan Keselesaan di Atas Jalan

CAPAIAN

  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved