Dikenali dengan reputasi yang sentiasa memberikan mutu terbaik menerusi produk keluarannya, FKR Marketing Sdn. Bhd. terus berkembang pesat dan masih kukuh dalam industri permotoran. Kejayaan ini bukan sahaja kerana mutu dan kualiti produk, malah kerja keras tenaga kerja serta wakil-wakil pengedarnya yang berhempas pulas demi mencapai sasaran yang ditetapkan saban tahun.
Bagi meraikan wakil-wakil pengedarnya, FKR Marketing Sdn. Bhd. menganjurkan dua sesi lawatan insentif ke Morocco (Afrika) dan Guizhou (China). Sesi pertama disertai kumpulan A ke Morocco yang diadakan pada 30 September hingga 8 Oktober. Manakala sesi kedua pula disertai kumpulan B ke Guizhou pada 4 November hingga 9 November lalu.
Para peserta kumpulan A yang menyertai lawatan ke Morocco berpeluang mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti masjid Koutoubia, Taman Menara, Istana Bahia, Great Kasbah, Erfoud yang terletak di gurun Sahara dan Todgha Gorges. Mereka juga melawati Mellah, Mulay Idriss II Shrine, Spice Market, Chefchaouen, Rabat, Casablanca sebelum kembali ke Doha untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Kumpulan B pula memulakan percutian di Guiyang yang juga dikenali sebagai Spring City. Sebagaimana kumpulan A, para peserta kumpulan B juga menziarahi beberapa lokasi menarik sepanjang mereka berada di Guizhou ini. Antara lokasi yang sempat diziarahi termasuk air terjun Huangguoshu yang merupakan air terjun terbesar Asia. Ini diikuti beberapa lokasi lain seperti Tian Xiang Qiao, Wanfenglin, Tasik WanFeng, Malinghe Canyon dan kembali ke Guiyang untuk pulang semula ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Lawatan insentif seperti ini pastinya memberi semangat dan motivasi kepada para peserta yang terdiri dari wakil-wakil pengedar FKR Marketing untuk memberikan yang terbaik dalam mencapai sasaran tahunan yang ditetapkan. Semoga dengan usaha ini, FKR Marketing terus cemerlang dan melengkapi dunia permotoran dengan produk-produk berkualiti. Tahniah!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FKR Marketing, hubungi;
FKR MARKETING SDN BHD
No. 2A, Jalan Wawasan 3/Ku7,
Sungai Kapar Indah,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel :
03 – 3291 1901/ 03 – 3291 0178-80
Emel :
Domestik: leeyw@fkr.com.my
Eksport: stevenng@fkr.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/fkrmarketingsdnbhd/
Instagram : https://instagram.com/fkrmarketingsdnbhd?igshid=h0y7yccaj338
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCb7vWB5poG1Nvj2KsnH_r9A?fbclid=IwAR2PbJ_vocIAjhXYslNcUmfOXckLtAyMBGLS_HyYITNRVc3BUgkCHZYKIvw
Web : http://www.fkr.com.my