Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Lancar Zontes 350D, 350E (2023), Harga Mula RM 23.8k!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-04
in BULETIN, UTAMA
0

ZONTES Malaysia, hari ini mengumumkan kehadiran model terbaharunya di pasaran tempatan dalam segmen skuter maxi, Zontes 350D dan 350E (2023), model yang diharap berupaya ‘menggugat’ populariti jenama-jenama popular yang sudah lama bertapak di pasaran.

Dari sudut penampilan, kedua-dua varian Zontes 350D dan 350E (2023) tiba dengan rekaan elegan – tipikal skuter maxi di pasaran namun dibezakan dengan ‘perwatakan’ berbeza. Untuk Zontes 350D (2023), rekaan depannya tampak lebih ranggi dan sporty manakala Zontes 350E (2023) tampil lebih ekskusif.

Tetapi apa yang menarik, kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi terkini dan sarat dengan pelbagai ciri premium yang kebiasaan dipadankan pada harga yang agak ‘menakutkan’. Sebelum pergi lebih jauh, Zontes 350D (2023) datang dengan tanda harga RM 23,800 (asas) dan Zontes 350E (2023) ditawarkan pada harga RM 25,800 (asas).

Mengulas bahagian trenkuasa, kedua-dua varian Zontes 350D dan 350E dijana enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi aotomatik CVT. Kuasa yang dihamburkan juga sama iaitu 36 Hp dan tork 38 Nm.

Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang. Brek depan datang dengan kaliper 4 Piston (J.Juan) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Turut tersedia adalah Sistem Pemantauan Tekanan tayar (TPMS) dan sistem lampu LED penuh.

Jaminan yang diberikan pengedar adalah dua tahun atau 20,000 km serta tiga tahun dengan jarak perbatuan 30,000 km (tertakluk terma dan syarat).

Kepada yang berminat, kedua-dua varian Zontes 350D dan 350E (2023) sudah pun berada di cawangan pengedar rasmi Zontes Malaysia seluruh negara.

PERBEZAAN ANTARA ZONTES 350D dan 350E (2023):

Zontes 350D (2023)
– Fokus untuk penggunaan dalam bandar
– Rekaan lebih ‘slim’ (Jarak antara roda 1,405 mm)
– Berat 190 kg (Nisbah kuasa-berat terbaik dalam kelasnya)
– Tangki bahan api 12 liter
– Pengisian penuh – 400 km (Mod Eco)
– Pilihan warna (Perak, Hitam)

Zontes 350E (2023)
– Fokus kepada penggunaan ‘touring’
– Rekaan lebih besar (Jarak antara roda 1,565 mm)
– Berat 203 kg
– Tangki bahan api 16 liter
– Pengisian penuh 457 km
– Kapasiti ruang simpanan bawah pelana 50 liter (Dua helmet full face)
– Ruang simpanan kokpit 500 ml (kalis air)

Ciri-ciri menarik yang dikongsi:
– Panel meter TFT berwarna 6.7 inci
– Sistem Kunci Pintar
– Visor angin boleh laras
– Dua port pengecas pantas 18W (Jenis A,C)
– Mod Kuasa (Sport, Eco)

Previous Post

Penyertaan Kali Pertama, Pertaruh Bakat Muda

Next Post

Crankshaft Normal Atau Extra Heavy Duty

Next Post

Crankshaft Normal Atau Extra Heavy Duty

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved