Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kursus Marshall KBS 2020 Peringkat Negeri Perak

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-01
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Larut Matang Perak telah diadakan Kursus Marshall KBS 2020 Peringkat Negeri Perak. Majlis ini merupakan anjuran Jabatan Belia Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Team MOTOWAZI dan juga Persatuan Mendaki Negeri Perak.

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan awal kepada penggiat dan peminat sukan permotoran dalam mendalami ilmu marshall litar perlumbaan. Pegawai Marshall merupakan elemen yang penting dalam setiap perlumbaan kerana tanpa kehadiran marshall, sesuatu perlumbaan tidak dapat dijalankan dengan baik.

Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran mengenai aspek keselamatan dalam perlumbaan. Para peserta diajar teori dalam kelas dan sesi praktikal di litar bagi memberi pengalaman sebenar bagaimana mengendalikan seseuatu perlumbaan.

Bermula pada pukul 9 pagi, Tn Haji Wazi Bin Abd Hamid dari Team MOTOWAZI memulakan sesi pertama dengan pengenalan Undang Undang Sukan Bermotor. Beliau bukan satu nama yang asing dalam dunia sukan permotoran dan lebih dikenali sebagai WAZI ABDUL HAMID #21, seorang rider Malaysia yang cukup hebat suatu masa dahulu. Kini, beliau menggunakan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki untuk dikongsikan bersama sebagai asas marshall (litar dan peralatan) dan sesi ini berterusan sehingga tengah hari.

Program diteruskan lagi dengan Video Marshall dan juga Aspek keselamatan yang disampaikan oleh saudara Rosli Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai bro Bob Eden dalam dunia permotoran dahulu. Secara peribadinya, ini adalah antara kursus paling santai tetapi dipenuhi dengan ilmiah yang dihadiri penulis. Selesai sahaja sesi 1 dan sesi 2, tiba pula masa untuk para peserta mempraktik segala yang dipelajari pada sesi sebelumnya.

Bagi sesi praktikal ini, Encik Along Khairul dan Team MOTOWAZI dipertanggungjawabkan mengajar para peserta simulasi perlumbaan. Di sini para peserta harus membuat keputusan yang betul sebagai seorang marshall.

Untuk makluman, program ini adalah salah satu usaha pihak kerajaan dalam melahirkan seramai mungkin marshall bertauliah. Program ini juga dapat mencungkil bakat dan kebolehan anak muda dalam bidang ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih harus diberikan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terbaik!

Previous Post

Ducati Panigale V2 Dan V4 2020 Dilancarkan Di Malaysia

Next Post

Racing Head Copper Comp Versi Perlumbaan

Next Post

Racing Head Copper Comp Versi Perlumbaan

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved