Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

KTM Duke 200; Duke of Hazzard

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dikelaskan sebagai naked bike oleh pengeluarnya, hakikatnya motosikal dalam kelas lightweight motard ini datang dari pengeluar yang tidak asing lagi dalam menghasilkan kenderaan lasak. KTM, jenama yang turun temurun telah mengeluarkan kenderaan off-road yang cukup lasak, digunakan meluas dalam pertandingan rali Dakar, menjelajah benua dan merupakan trendsetter bagi mana-mana pengeluar motosikal jenis ini.

Sedar atau tidak menjelang tahun 2000, banyak pengeluar motosikal telah cuba memvariasikan produk jualan mereka, Harley Davidson misalnya buat pertama kalinya dalam tempoh 100 tahun telah menghasilkan V-Rod, motosikal easy pertama mereka yang menggunakan engin sejukan cecair dengan kuasa buas, BMW menghasilkan S1000RR dan Ducati menghadiahkan peminatnya Panigale. Itu adalah sebahagian contoh kecil bagaimana pengeluar lain seperti Can-am mempopularkan kenderaan tri-cycle yang mensasarkan kepada aspek kemewahan dan prestasi.

10 tahun yang lepas kalau ditanya tentang KTM mungkin 9 dari 10 orang peminat motosikal tempatan akan menggelengkan kepala. Penyelenggaraannya rumit, alatgantinya mahal dan susah diperolehi dan harga jualannya teruk. Namun bila pasaran motosikal berkuasa tinggi terbuka sedikit demi sedikit, banyak pengeluar asing dan detik itu boleh saya katakan ketika harga petrol meningkat dan Kawasaki mula memasang ER6. Sambutan terhadap motosikal berkuasa tinggi ini tiba-tiba jadi tumpuan.

Diperkenalkan beberapa tahun lalu di pasaran tempatan, KTM Duke 200 ini adalah model terkecil yang dibawa masuk oleh pengedar KTM Malaysia. Jika sebelum ini KTM hanya terkenal dengan tayar ‘bata’, Duke 200 membolehkan mereka yang ingin berjinak dari scram kepada jenis on road yang lebih baik. Dipasangkan di kilang Chakan India, ia merupakan model entry level yang menjadikan KTM semakin kaya. Motosikal ni memang sangat laris di Eropah dan Colombia.

Ia dimiliki oleh saudara Edwin yang terjebak ke dunia motosikal tidak berapa lama dahulu. Beliau yang lebih suka dengan Satria Neo dengan sistem audio bertukar ganti telah berkunjung ke premis EDT GFX, sebuah pusat grafik-automotif yang terletak di bukit Jalil. Projek menjadikan Satria beliau cantik telah merangsang minatnya bila melihat banyak motosikal menarik disolek oleh pihak EDT GFX. Tak lama kemudian beliau menjadi pengikut setia. Motor ini pun memang kebanyakan masanya diparking di sana.

Duke ini banyak diubahsuai dari sudut estetik. Tidak banyak pemasangan peralatan aftermarket kecuali tuil gear dan brek, perumah radiator dan sedikit kemasan hadguard. Kit badan asal dikemaskan dengan kepingan splitter kecil sebagai asas. Kemudian bermulalah era pemulihan semula terhadap rekabentuk motard ini.

Setiap bahagian dicerai-ceraikan. Kerangka motosikal dicat dengan warna biru terang sebagai base colour untuk imej Superman. Kerja kemasukan imej adiwira tersebut bergabung antara teknik pelekat dan juga airbrush di kebanyakan bahagian. Ianya cukup untuk mensasarkan matlamat untuk menjadikan motosikal ini sebagai Superman. Sebagai kemasan keseluruhan, roda asal diwarnakan dengan kontras biru putih.

Bagi mendapatkan penyudah yang lebih mantap, tayar belakang digantikan dengan tayar Dunlop Sportmax bersaiz 160/60 untuk mendapatkan sudut pandang lebar. Dari segi prestasi, ia tidak mengubah apa-apa kerana motosikal ini memang telah dibina dengan saiz kompak untuk penunggang amatur. Ia boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja, cukup lincah.

Pasaran motosikal ini walaupun tidak besar, namun untuk nama yang kuat seperti KTM, mereka tiada masalah mencari pembeli yang sesuai. Selaras dengan profil pembuat motosikal yang bereputasi tinggi, KTM berjaya menghasilkan produk massa yang bagus, tepat ke saasaran dan akhirnya mendapat pengubahsuaian yang menjadikannya sempurna.

Previous Post

Retromania Grand Gathering 2019 Cipta rekod Malaysia Book Of Records

Next Post

Gathering Yamaha Y15ZR 2.0 KL/Selangor

Next Post

Gathering Yamaha Y15ZR 2.0 KL/Selangor

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved