Sebelum ini, samada secara sengaja atau tidak sengaja, KTM telah mendedahkan RC 390. Kini, KTM telah mengeluarkan beberapa bahan termasuk teaser menerusi akaun rasminya di Instagram. Walaupun tidak jelas dengan hanya beberapa bahagian sahaja yang kelihatan termasuk bahagian hadapan.
Selain itu, bahagian kecil di sisi motor juga dapat dilihat dan ia kelihatan seperti sebuah tangki baharu yang dimuatkan ke atas motor RC ini. Sesuatu yang mungkin lebih besar dari kapasiti tangki 2.5 galon yang digunakan buat masa ini. Jika dilihat menerusi teaser, ianya kelihatan sama seperti imej yang pernah didedahakan secara ‘tidak sengaja’ sebelum ini. Lampu hadapan mirip Duke dan bahagian fairing pula lebih mantap berbanding sebelumnya.
Livery terbaharu juga dapat diperhatikan, tidak seperti warna oren dan biru yang pernah tular sebelum ini. Warna putih dan oren yang kemas dipaparkan menerusi teaser ini. Manakala tangkinya pula diwarnakan dengan warna KTM. Dalam teaser ini juga kelihatan nombor 9-21, mungkin RC 390 bakal didedahkan sepenuhnya pada September ini?
Sumber : Rideapart