Motosikal KTM 1290 Super Adventure S merupakan antara jenis “dual-sport” atau juga dikenali sebagai “adventure” yang paling berkuasa, serta menjadi pengdahulu daripada segi teknologi.
Seperti biasa, KTM membina model motosikal yang mempunyai ciri-ciri teknologi paling baharu. Justeru itu, model 1290 Super Adventure S ini akan menerima banyak pembaharuan oleh kerana ia merupakan model paling ulung di dalam banjaran model KTM. Teknologi pertamanya merupakan Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control) yang menggunakan radar depan dan belakang. Walaupun KTM bukanlah pembuat pertama yang memperkenalkan sistem ini, kami percaya sistem yang ada pada model ini telah diperhalusi dengan dengan lebih banyak lagi. Sistem membolehkan motosikal mengikuti kenderaan lain di atas lebuhraya secara otomatik.
Selain daripada itu, terdapat juga butang-butang kawalan untuk mod-mod skrin TFT 7-inci yang baharu, berbanding dengan jenis 4 butang yang sudah sinonim dengan motosikal KTM. Tambahan lagi, suspensi elektroniknya telah dipertingkatkan dengan penggunaan model suspensi elektronik WP SAT yang baharu. Berbanding dengan sistem lama di mana ia hanya boleh dilaras ketika motosikal berhenti, sistem baharu ini boleh dilaras ketika motosikal sedang bergerak. Ciri ini akan memberikan kawalan yang lebih baik kepada penunggang.
KTM juga mengubah kedudukan tangki bahanapi bagi memberikan keseimbangan yang lebih baik. Model ini terdapat sebahagian tangkinya di sebelah kiri dan kanan bahagian bawah enjin seperti model 790/890 Adventure, agar motosikal tidak terasa berat di bahagian atas (top heavy).
Kami akan paparkan ciri-ciri yang selanjutnya serta harga motosikal ini ketika ia dilancarkan kelak.