Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

KPHRS150r Kedah Ride Santai BBQ 4 Penjuru di Terengganu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Kelab Permotoran Honda RS150r Kedah telah sepakat bersama rakan-rakan Honda RS150r dari Selatan, Central, Pantai Timur dan Utara (Kedah) untuk mengadakan perhimpunan antara kelab-kelab dari 4 daerah pada tarikh yang sama dengan Terengganu Bike Week pada 30 Mac lalu. Lebih kurang 37 penunggang motosikal Honda RS150r yang juga merupakan kumpulan pertama telah berkumpul pada 29 Mac sekitar 8.00 pagi dan bersarapan di Roti Bakar di Baling Route 67.

Selesai bersarapan pagi, para peserta mula bergerak dari pitstop Route 67 menuju ke Grik untuk mengisi bahan api. Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu, para peserta berhenti untuk rehat dan isi bahan api. Tiba di Abah Homestay dan Dealova Homestay di Batu Buruk Kuala Terengganu lebih kurang jam 6.30 petang. Kumpulan kedua yang terdiri dari lebih kurang 13 orang diketuai oleh pengerusi Kelab permotoran RS150r Kedah iaitu En. Noor Hirman Bin Samsudin yang lebih mesra dipanggil Cuman.

Kumpulan ini mula bergerak sekitar jam 11.00 malam dari Kedah. Setelah beberapa kali berhenti rehat dan isi bahan api, Cuman dan rakan-rakan Honda RS150r tiba di Kuala Terengganu lebih kurang jam 8.00pagi pada 30 Mac. Seterusnya, semua peserta berkumpul untuk keluar bersarapan di Kedai Mak Ngah Nasi Dagang lebih kurang jam 9.00 pagi. Setelah bersarapan, para peserta mula melawati beberapa lokasi menarik termasuk Masjid Tengku Tengah Zaharah. Di sebelah petang pula, ada yang mengambil kesempatan ini untuk singgah di Terengganu Bike Week dan membeli belah cenderamata dari vendor yang menjual di tapak yang telah disediakan.

Selesai sahaja solat maghrib, para peserta bersiap sedia dan bergerak ke Dataran Shahbandar sekitar pukul 8.00 malam untuk jamuan makan malam bersama rakan-rakan Honda RS150r dari Selatan, Central, Pantai Timur dan Penang. Bagi makluman, Honda merupakan salah satu penaja pada malam Santai BBQ RS150r. Selesai jamuan BBQ, mereka menjemput penceramah untuk memeriahkan lagi program. Peraduan makan Maggie pedas Korea turut diadakan dan juga cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua penunggang Honda RS150r.

Selesai acara santai BBQ, para peserta bergerak pulang ke homestay masing masing. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah Honda RS150r kerana menyediakan segala keperluan untuk Santai BBQ Honda RS150r. Tidak lupa kepada kesemua penaja yang telah menaja pelbagai keperluan untuk program Santai BBQ ini. Seawal jam 8.00 pagi, para peserta siap untuk keluar sarapan pagi dan singgah di Pasar Siti Khatijah untuk membeli buah tangan kepada keluarga. Alhamdulillah, semua penunggang dari KPHondaRS150r Kedah selamat sampai ke destanasi masing-masing. Menurut Cuman, dia dan AJK KPHRS150r Kedah sedang menyiapkan kertas kerja untuk konvoi bersama Mobile Malaysia pula. ~kNor~

Previous Post

Arkib : Black Code dan Kawasaki Z800

Next Post

Z250 ABS, Terbaharu dari Kawasaki kini di Malaysia

Next Post

Z250 ABS, Terbaharu dari Kawasaki kini di Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved