Australia membuka pintunya dan mengalu-alukan kehadiran para pencinta motosikal dari semua peringkat umur ke Festival Of Moto Guzzi yang dijadualkan berlangsung bermula dari 11 hingga 13 Mac ini. Ia dikatakan sebagai sebuah acara paling dinanti-nantikan dengan koleksi terbesar motor klasik dan juga model dari Moto Guzzi.
Dianjurkan oleh Teo Lamers Motorcycles dan Moto Guzzi Australia, acara ini bukan sahaja menampilkan model-model ikonik malah turut mempersembahkan pemandangan Yea yang indah. Berlokasi hanya 1.5 jam dari utara Melbourn, acara ini mudah diakses dari mana-mana banda. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan termasuk para pengunjung yang bertuah berpeluang untuk menunggang uji model terbaharu Moto Guzzi.
Manakala di bahagian pameran pula, para pengunjung berpeluang menyaksikan koleksi paling jarang ditemui dan jentera paling bersejarah untuk pengeluar dari Itali ini. Antaranya seperti 500 GTS 1934, 250 Airone (1947) dan Super Alce (1951) akan membuat penampilan di Festival of Moto Guzzi ini.
Kepada yang berminat untuk mengetahui cebisan sejarah Itali moden, berkesempatan untuk menunggang uji motor-motor terbaharu yang ditawarkan Moto Guzzi seperti V85TT dan juga V7 Special serta V9 Bobber Centenario. Selain pameran jentera moden dan bersejarah, Festival Of Moto Guzzi juga akan mempamerkan kebudayaan Itali.
Sepanjang tiga hari ini, para pengunjung berpeluang menikmati makanan Itali yang dihidangkan oleh Giro d’Italia Restaurant. Bagi peminat kopi, Gelato dan Barista turut dibuka untuk dikunjungi. Kepada yang berpeluang terbang ke sana, jangan lupa singgah dan hayati sendiri sejarah hebat di sebalik Moto Guzzi.
Sumber : Rideapart