Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM399

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-20
in BULETIN, UTAMA
0

Alatan ‘handfree’ seperti peranti intercom Bluetooth kini mengorak langkah dan mula menjadi alat wajib terutamanya bagi kaki motor yang sentiasa bersemangat untuk menjelajah dikala hujung minggu. Terkini, NKS Distributors Sdn Bhd, pengimport sah tunggal topi keledar HJC dan jenama pakaian menunggang Shima baru-baru ini, melancarkan empat interkom Bluetooth Asmax baharu, yang memenuhi keperluan semua penunggang motosikal.

Apa tidaknya, jenama Asmax World hadir ke pasaran tempatan ketika banyak kaki motor ‘terseksa’ dengan tawaran dari jenama harga kayangan. Sebaliknya Asmax pula memberi penunggang pilihan peranti mereka pada harga ‘bajet’ dan 4 pilihan termasuk dari model premium.

Tawaran yang diberikan kepada pasaran tempatan merangkumi empat model intercom iaitu model Asmax S2, Z1 Plus, F1 Plus dan paling premium adalah F1 Pro. Untuk info, Asmax merupakan jenama interkom Bluetooth topi keledar pintar yang paling pesat berkembang di China dan syarikat tersebut kini berkembang pesat di seluruh dunia.

Bekerjasama dengan gergasi teknologi seperti Microsoft, Google dan Apple, Asmax memajukan julat komunikasi, suara pintar, pembatalan bunyi dan arahan suara. Model Asmax baharu memberikan bunyi HD walaupun pada kelajuan menunggang 160kph dan menjanjikan prestasi yang tiada tandingan di pasaran.

Menarik bagi peranti intercom ini, ia juga ditala oleh Bongiovi Acoustic Labs, sistem pembesar suara yang terbukti dan berkualiti bagi segmen audio dalam kalangan pengguna motosikal hari ini.

ASMAX F1 PRO
Asmax F1 Pro adalah model utama atau paling premium dan ia menonjol dengan kualiti bunyi paling berkualiti sementara reka bentuk yang menarik menjadi ia pilihan sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang tiada batasan.

Berharga RM899, ciri-ciri utama termasuk pelekap magnetik, dihidupkan/dihentikan operasi secara automatik dan kawalan yang mudah digunakan. Sesuai untuk tunggangan berkumpulan, sistem teknologi Mesh Intercom dan Smart Mesh Control (SMC) 5G, membolehkan pemilik Asmax berkomunikasi sehingga 16 pengguna lain.

ASMAX F1 PLUS & ASMAX Z1 PLUS
Untuk pilihan yang lebih berpatutan, Asmax F1 Plus dan Asmax Z1 Plus memberikan ciri yang hampir menyamai seperti model F1 Pro tetapi dengan pembesar suara yang berbeza dan reka bentuk yang dipermudahkan.

Walaupun masih mempunyai kualiti bunyi yang unggul, F1 Plus pada harga RM799 sementara Z1 Plus pula ditawar pada harga RM699 turut memiliki teknologi intercom dengan ciri premium pada harga yang lebih rendah dari model premium.

Asmax Z1 Plus dilengkapi dengan pencahayan LED terang dan penutup yang boleh ditukar ganti, model ini menawarkan gaya bersama fungsi. Ia berkongsi spesifikasi dan persediaan pembesar suara yang sama seperti F1 Plus tetapi datang pada harga yang lebih rendah iaitu RM699 namun masih memberikan nilai yang hebat terutamanya bagi peminat teknologi.

ASMAX S2
Bagi penunggang yang mementingkan soal bajet, Asmax S2 ialah interkom mampu milik namun masih lagi dilengkapi dengan teknologi Mesh Intercom tetapi ditawarkan pada harga yang paling berpatutan di pasaran.

Pada tag harga hanya RM399, ia mempunyai pembesar suara super HD 40mm, kebolehsesuaian aplikasi penuh, dan juga arahan suara, menawarkan pilihan awal kategori pengguna baru dan paling penting berkenaan aspek bajet pengguna.

Dengan pilihan model pelbagai ini, peranti intercom jenama Asmax ini memastikan setiap ‘rider’ boleh mencari interkom yang sempurna untuk meningkatkan komunikasi dan pengalaman menunggang mereka secara berkumpulan atau berpasangan.

Previous Post

Alloy atau Iron, Mana Satu Jadi Pilihan Anda?

Next Post

Menawarkan Pakej Barangan Eksklusif dengan Koleksi Item Istimewa

Next Post

Menawarkan Pakej Barangan Eksklusif dengan Koleksi Item Istimewa

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved