Pemilik jentera Yamaha sama ada LC 135 dan Y15ZR kini menikmati prestasi tambahan yang lebih meyakinkan dan juga aksesori kecantikan dari jenama Enkei, terima kasih buat Motomate (M) Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai barangan buat dua jentera popular buat masa ini.
Terdiri daripada ekzos jenis perlumbaan mudah laras (adjustable racing muffler), ia didatangkan dalam satu pakej (4 dalam 1) dengan terdiri dari spring, kabel dan penyelaras bunyi.
Terdapat tiga pilihan warna yang menarik, Chrome, PVD TIT dan Black tersedia untuk mereka yang mahukan kelainan dari segi bunyi dan dan ketrampilan berbanding ekzos asal yang didatangkan dari kilang.
Sementara itu, MMate pengedar bagi jenama Enkei turut memperkenalkan skrew bagi dipadankan dengan monoshock Y15ZR. Dua pilihan warna menarik iaitu warna Gold dan Titanium disediakan oleh Enkei untuk pemilik jentera terhangat dari Yamaha ini.
Selain itu, Real Wheel Shaft atau dalam Bahasa Melayu, Aci Roda Belakang turut diperkenalkan untuk jentera Y15ZR. Bagi mereka yang ingin menjadikan jentera mereka lebih bergaya, anda bolehlah menukar set ini dengan warna gold atau titanium bagi menyerlahkan ketrampilan jentera anda.
Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Motomate (M) Sdn. Bhd,
03 – 4041 3380
03 – 4041 6418
03 – 4042 9844
03 – 4045 8288