Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Khas Untuk Mereka Yang Mendambakan Pengalaman Moto2 Atau MotoGP

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-21
in BULETIN, UTAMA
0

Model KTM RC 8C telah ditunjukkan setelah kita menunggu lebih kurang seminggu selepas Roadstar melaporkan yang pengeluar Austria itu sedang berkerjasama dengan Krämer Motor Company.

KTM tidak lagi membuat motosikal jenis sport dengan enjin berkapasiti besar setelah memberhentikan pengeluaran model RC8 sejak beberapa tahun lepas. Yang ada hanyalah model RC yang lebih kecil serta jenis “naked.” Oleh yang demikian, model RC 8C ini dikira suatu keluaran yang penting untuk pengeluar daripada negara Austria itu.

KTM RC 8C ini dibuat khas untuk mereka yang hendak mendapatkan pengalaman Moto2 atau MotoGP tanpa perlu mengambil bahagian di dalam kejuaraan dunia tersebut. Sebab itu ia disiapkan dengan ciri-ciri yang khusus kepada motosikal perlumbaan untuk pemiliknya untuk bermain di atas litar (trackday).

Enjinnya diadaptasi daripada model KTM Duke 890 R. Ia menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 126 hp dan tork maksimum sebanyak 101 Nm. Salur kemasukan udara telah dikemaskini untuk reaksi enjin yang lebih lancar, manakala ekzosnya juga merupakan unit dibuat khas. Enjin motosikal ini dibiarkan berada di dalam spesifikasi asal agar ia tidak memerlukan banyak kos untuk diselenggara.

Enjin itu kemudiannya dipasang kepada kerangka keluli yang sinonim dengan jenama KTM. Rekabentuntnya mengikuti motosikal RC16 yang digunakan di dalam MotoGP, siap dengan sayap-sayap aerodinamik. Coverset-nya diperbuat daripada gentian karbon, oleh itu keberatan motosikal ini hanyalah 140 kg.

Komponen-komponen cesinya termasuklah fork WP Apex Pro 7543 serta monoshok Apex Pro 7746, roda tetuang ringan Dymag UP7X, dan tayar Pirelli Diablo Superbike. Breknya merupakan jenis perlumbaan dengan pam Brembo 19RCS Corsa Corta.

KTM akan menghasilkan hanya 100 unit RC 8C dengan harga £ 30,999 (RM 178,233.40) setiap satu. Anda boleh membuat tempahan di laman web model ini.

Kita merakamkan harapan kita yang KTM akan turut mengeluarkan sebuah model jalanan yang seperti ini dengan harga marhaen.

Previous Post

Throwback : Sambutan Hari Raya NVOG & Friends Penuh Kemeriahan

Next Post

Kedatangan Ducati Edisi Khas Troy Bayliss

Next Post

Kedatangan Ducati Edisi Khas Troy Bayliss

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved