Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Khairul Idham Umum Bersara Daripada Sukan Permotoran

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-08
in BULETIN, UTAMA
0

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, sedia melepaskan segala yang dicintainya dalam sukan permototan apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan itu selepas lima musim bersaing dalam Kejohanan Dunia MotoGP.

Sepertinya masih ada kekecewaan yang masih terbuku di hati Khairul Idham, yang mesra disapa SuperKIP, sambil menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia angkat kaki selepas merasai pelbagai pengalaman dalam arena sukan itu.

Siapa sangka pelumba kelahiran Perak itu, yang pernah menggegarkan dunia dengan menjuarai GP Argentina dan Jerman dalam kategori Moto3 pada 2016, akan meninggalkan sukan itu seawal usia 22 tahun.

Apatah lagi selepas dia menjadi pelumba pertama menyanyikan lagu negaraku di atas podium MotoGP sejak 67 tahun kejohanan itu dianjurkan.

Dalam satu temubual bersama wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, dia berkata: “Apabila saya melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak akan boleh meningkat, saya berfikir untuk bersara.

“Kerana apa yang memainkan peranan sebenarnya adalah orang di sekeliling kita.

“Sebagai satu keluarga, kalau keputusan kita (tidak bagus) cubalah untuk membantu tetapi untuk mencari orang seperti itu memang susah.

“Tetapi macam manapun, saya sudah dapat rasa semuanya sejak saya kecil dahulu sehingga sekarang.

“Sekarang saya mahu melupakan perlumbaan dan melakukan perkara yang boleh membuatkan saya gembira.

“Saya cuba untuk membantu ayah dan keluarga saya. Saya mahu membantu mereka.

“Sudah pasti saya terkenang (kejayaan menjuarai dua pusingan) kerana ia adalah impian saya.

“Setiap kali berlumba, saya mahu menang. Setiap perlumbaan, saya mahu berada di depan.

“Saya rasa semua pelumba mahu menang dan itulah sasaran saya.

SEPANG 13 FEBRUARI 2019. Pelumba Moto2 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Khairul Idham Pawi ketika sesi ujian tertutup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

“Cuma saya ada sedikit kecewalah tetapi macam mana pun, ia sudah lepas, jadi saya cuma tidak mahu pelumba Malaysia yang baru hendak meningkat menjadi seperti saya.

“Tetapi saya berbangga kerana saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi juara dalam dua perlumbaan, di Argentina dan Jerman.

“Saya gembira dengan diri saya. Apapun yang saya buat selepas ini, saya tetap gembira kerana ia sudah cukup menggembirakan,” katanya lagi. – Nadi Arena

Previous Post

Usia Sudah Berdekad, Moto Guzzi California 850GT Tetap Hebat

Next Post

Mampukah Motor Elektrik Mini Ini Menawan Dunia?

Next Post

Mampukah Motor Elektrik Mini Ini Menawan Dunia?

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved