Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Keyakinan Tanpa Batasan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-03-02
in BULETIN, UTAMA
0

Kita sering menyatakan bahawa apa yang digunakan oleh pasukan MotoGP nyata cukup berbeza daripada apa yang ditawarkan atau yang dinikmati di pasaran awam seperti mana kita dapati ketika menunggang motosikal saban hari.

Walau bagaimanapun, jurang itu telah ditutup antara “unobtanium” dalam MotoGP dan apa yang disediakan khas untuk pasaran awam atau orang ramai. Salah satunya ialah teknologi tayar, kerana model tayar Michelin ketika ini, sesuatu yang berbeza dan nyata lebih mirip dengan pasukan yang bertanding.

Sejak lima musim membekalkan tayar bagi pasukan MotoGP dan Michelin syarikat yang telah wujud sejak tahun 1889, telah mempelajari beberapa perkara untuk meningkatkan lagi mutu tayar samada pada saingan kompetitif mahupun buat pengguna awam.

Untuk rekod, Michelin yang berpangkalan di Clermont-Ferrand di Perancis, telah mementerai perjanjian bersama penganjuran MotoGP sebagai pembekal tunggal tayar pada tahun 2016 hingga 2023. Sejak itu, saingan kelas perdana telah menikmati lima musim paling hebat dalam sejarah perlumbaan motosikal sejak ia berlangsung selama 69 tahun sekali gus menjadikan jenama Michelin terus unggul di setiap perlumbaan dan menjadi penaja utama di arena perlumbaan seperti Grand Prix Motosikal Dunia.

Michelin Pilot MotoGP
Prestasi Setanding MotoGP

Tidak dinafikan perlumbaan MotoGP sering menjadi tumpuan utama kepada penunggang dan pemilik motosikal hari ini. Aura perlumbaan motosikal terulung itu sering menjadi ikutan dan ini ditambah dengan tanda rasmi perkataan MotoGP yang tertera di tayar Michelin. Aura ini menguatkan lagi keyakinan pengguna bahawa tayar Michelin telah diuji bukan sahaja di atas jalan raya malah turut diberi suntikan yang hampir sama dengan tayar perlumbaan.

Seperti keyakinan pelumba MotoGP terhadap tayar Michelin, aura itu dapat dirasai sepenuhnya kepada pengguna sama ada anda menjadikan jentera dua roda anda sebagai penjelajahan di atas jalan-jalan kota dan trek atau menikmati perjalanan yang lebih sporti dan selamat dengan kekuatan dan prestasi tayar MotoGP.

Sebagai perbandingan, di permukaan jalan raya yang basah, Michelin Pilot MotoGP dengan suntikan teknologi baharu, Silica Rain Technology (SRT) memberi anda keyakinan untuk terus menggunakan tayar ini tanpa keraguan ketika dipermukaan basah sambal teknologi yang digunakan tidak menjejaskan jangka hayat tayar itu sendiri.

Tidak dinafikan juga di permukaan kering, Michelin Pilot MotoGP turut memberi daya cengkaman yang luar biasa hasil teknologi baharu soft compound dan rekaan alur yang menyamai tayar-tayar yang diguna pakai bagi kebanyakan jentera perlumbaan di MotoGP.

Dilihat dari corak bunganya, Michelin Pilot MotoGP nyata memberi daya cengkaman yang luar biasa tatkala pengguna mengharungi permukaan jalan raya biasa namun berjaya memberikan keyakinan seolah-olah anda seperti berada di sebuah trek perlumbaan.

 

Michelin Road Classic
Pemilihan Terbaik Segmen Klasik

Michelin melancarkan tayar retro – MICHELIN Road Classic yang direka khas samada untuk motosikal klasik mahupun klasik moden dengan sesaran saiz antara 17, 18 dan 19 inci. Mengganti kejayaan model sebelum ini Michelin Pilot Activ, Road Classic serba baharu telah berada di pasaran mulai Januari 2021 dan ia menggabungkan reka bentuk tapak retro yang menarik berserta bahan dan teknologi terkini.

Corak tapak arah julat model Michelin Road Classic, dengan nisbah alur ke getah tapak 26%, mencapai keseimbangan sempurna antara prestasi dan estetika (keselesaan). Bahagian tengah dan bahu digunakan secara optimum manakala cengkaman pada keadaan cuaca tidak menentu cukup membanggakan.
Dalam keadaan permukaan jalan basah, model tayar ini yang disaluti 100 peratus sebatian getah silika dan pinggir alur yang menembusi air permukaan turut menawarkan tahap cengkaman yang tinggi walaupun dalam keadaan sukar.

Keadaan permukaan tayar motosikal memberikan penyelesaian yang diyakini dan berdaya tahan sekiranya anda membawa bebanan atau penunggang / pembonceng. Ia juga mengekalkan keadaan motosikal dalam prestasi yang selesa, mengekalkan kelajuan tinggi tanpa mengubah sebarang bebanan dan menghadkan haba yang dihasilkan apabila berlaku pergeseran antara permukaan jalan dan tayar sekali gus mengurangkan kehausan tayar.

Reka bentuk permukaan model Michelin Road Classic menggunakan dua lapisan Bi-NST yang berada di bawah getah tapak bagi mengurangkan gegaran yang tidak sewajarnya pada kelajuan yang tinggi seterusnya mengekalkan sentuhan pada keadaan jalan raya pada tahap tetap dan optimum di atas jalan raya.

Di bawah dua penutup atas ini, dua lapisan Bi-NC cukup kukuh untuk menahan bebanan dan memberikan kestabilan dalam apa jua keadaan namun ia juga boleh lentur bagi membolehkan penunggang dan pembonceng menikmati perjalanan dalam keadaan selesa.

Melengkapi keseluruhan model tayar ini adalah pelapik getah yang kedap udara, bermaksud tayar boleh digunakan samada tanpa tiub atau dengan tiub mengikut rim yang anda gunakan. Hasil elemen reka bentuk dan teknologi ini jika dibandingkan dengan pendahulunya, Road Classic menawarkan prestasi yang lebih baik di semua kawasan, dengan peningkatan yang sangat besar terutama pada kestabilan garis lurus dan selekoh serta cengkaman dalam keadaan kering mahu pun basah.

Selain itu, keselesaan dan ciri pengendalian umum juga ditingkatkan. Untuk rekod, beberapa model Michelin Road Classic tersedia untuk pengguna merangkumi 9 saiz bagi tayar depan dan 10 saiz bagi tayar di bahagian belakang.

Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook : https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web : https://www.michelin.com.my/

 

Previous Post

Motosikal Seni Kayu Yang Memukau!

Next Post

Beramal Kebajikan Tiada Batas, Tanpa Mengira Masa Dan Tempat

Next Post

Beramal Kebajikan Tiada Batas, Tanpa Mengira Masa Dan Tempat

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved