Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ketahui Siapa Mulakan Dan Jadi Ikutan Semua

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-04
in BULETIN, UTAMA
0

Kalau anda biasa menonton perlumbaan motosikal, tidak kiralah sama ada MotoGP, Moto2 atau Moto3, anda pasti perasan yang hampir semua pelumba melakukan aksi sama ketika mengambil selekoh. Ya, mereka akan melunjur dan menggoyangkan kaki sebelum masuk ke selekoh pada kelajuan tinggi. Soalannya, kenapa mereka buat begitu? Memang ada ajar dalam kelas latihan tunggangan ke?

Jangan bimbang semua, kerana kemusykilan itu telah dijawab oleh pelumba ujian pasukan MotoGP Suzuki, Sylvain Guintoli dalam satu entri di saluran YouTube miliknya baru-baru ini. Guintoli menjelaskan dengan bahasa yang mudah untuk kita fahami kenapa pelumba profesional akan melunjur dan menggoyangkan kaki apabila membrek sebelum mengambil selekoh. Sebenarnya, teknik tunggangan itu dimulakan oleh pelumba pasukan factory Yamaha, Valentino Rossi.

Menurut Guintoli yang juga merupakan juara WorldSBK, Rossi ialah pelumba yang berjaya memperhalusi teknik dan memberikan kesan terbaik ketika berlumba. Sejak itu semua pelumba lain pun tiru. Tetapi, apakah kelebihannya? Secara ringkasnya, tindakan menjulur dan menggoyangkan kaki itu berfungsi untuk memberi keseimbangan kepada pelumba dan agar dapat mengawal jentera dengan lebih baik ketika membrek dengan keras.

Senang cakap, teknik tersebut mempunyai kesan dalam merendahkan titik graviti jentera dan mengalihkan lebih banyak berat kepada bahagian belakang. Sekali gus membantu jentera untuk diperlahankan dengan lebih stabil. Teknik itu juga dapat menambah baik posisi tunggangan dan memastikan pelumba rasa lebih ‘planted’ di atas litar.

Ia dilihat paling efektif apabila hendak memotong pelumba lain dalam zon membrek seperti yang pernah ditunjukkan oleh Rossi ketika memintas Sete Gilbernau dalam perlumbaan MotoGP tahun 2005 di litar Jerez.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my
Insta : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
FB : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Bakal Gegar Amerika Syarikat

Next Post

Pelbagai Ganjaran Tambahan Untuk Pelanggan Yang Berkunjung Ke Stesen Shell

Next Post

Pelbagai Ganjaran Tambahan Untuk Pelanggan Yang Berkunjung Ke Stesen Shell

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved