Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kesibukan Bukan Alasan, Panjang Lee Teruskan Projek Sampai Hati Puas

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-03-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Mengimbas kembali beberapa puluh tahun ke belakang, Panjang Lee sering melepak di kedai motosikal kepunyaan ayah setiap kali pulang sekolah. Ketika itu sekitar tahun 70-an, kedai ayahnya menjadi salah satu tumpuan di perkarangan pekan. Di situ, Panjang Lee menghabiskan masa dengan membantu apa yang patut. Baju yang putih bertukar hitam, langsung tidak dihiraukan dan akhirnya timbul minat untuk mempelajari ilmu mekanik motosikal dengan lebih dalam.

Tahun berganti tahun, perniagaan kedai motosikal milik ayahnya semakin berkembang. Apatah lagi apabila melihat minat penduduk di kawasan perumahan kian meningkat dan semakin ramai. Berbekalkan pengalaman, kemahiran serta pengetahuan, diikuti pemerhatian terhadap perkembangan positif dunia permotoran dua roda, ayah Panjang Lee mengembangkan lagi perniagaan kedai motosikalnya yang dikenali sebagai Kedai Motor 218.

Tidak berfikir panjang, Panjang Lee mengambil keputusan untuk membantu ayahnya dalam meneruskan lagi perniagaan Kedai Motor 218 yang masih berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Perniagaan turun-temurun, bermula dari satu generasi dan disambung kepada generasi seterusnya, dimulakan oleh ayah dan diteruskan anaknya pula. Mungkin, begitulah seterusnya.

Panjang Lee atau nama sebenarnya Lee Hang Ching bukan lagi satu nama yang asing khususnya untuk kaki-kaki modifikasi motor di bahagian utara Malaysia terutamanya Sungai Kob Karangan di Kedah. Meskipun sibuk sebagai seorang mekanik, beliau tidak pernah mengabaikan atau melupakan ‘tanggungjawab’ terhadap hobi dan cinta hatinya iaitu modifikasi motosikal. Beliau aktif dalam aktiviti Autoshow Motor dan mungkin ada yang sudah lupa tetapi beliau pernah menghiasi muka depan majalah Roadstar, edisi 90!

Sebagaimana yang dapat dilihat, Panjang Lee memilih Yamaha Y16 tetapi ini bukanlah satu-satunya motor miliknya. Sebuah lagi motosikal dibuat khas untuk aktiviti Autoshow Motor, motor yang sama pernah menghiasi majalah Roadstar tidak lama dahulu. Ramai juga yang bertanya, kenapa Panjang Lee meminati Y16? Kenapa bukan motor lain?

“Minat,” jawab Panjang Lee, seringkas-ringkasnya.

“Kebanyakan motor zaman sekarang adalah Fuel Injection. Kita perlu ikut peredaran zaman dengan belajar ilmu baru,” tambah Panjang Lee lagi.

Motor Petronas 88 seperti yang dapat dilihat ini sebenarnya sebuah motosikal Y16ZR Doxou keluaran tahun 2021. Panjang Lee masih lagi melakukan perubahan terhadap motor ini, sedikit demi sedikit bila-bila ada waktu lapang atau terluang. Kesibukan kerja sebagai mekanik tidak menjadi penghalang atau alasan untuk beliau mengabaikan minatnya.

Ubah suai pertama dilakukan sebaik sahaja Y16 dibeli dengan menukar cover set sebagai sesi pembukaan projek menaik taraf motor ini. Bagi mendapatkan hasil yang mampu memenuhi kehendak serta memuaskan hati, Panjang Lee telah menghantar cover set ini kepada KF Airbrush yang terletak di Kulim. Peminat dua roda dan juga kenderaan lain terutamanya peminat autoshow, sudah tentu tahu KF Airbrush yang terkenal kerana hasil tangan dan juga kehalusan air brush yang cukup memukau.

Ketika menyertai Festival Y15/16 yang lalu, motosikal milik Panjang Lee ini masih di peringkat awal projek. Atas cadangan serta ajakan kawan-kawan yang berkongsi minat sama, beliau meneruskan projek dengan menghiasi lebih serius motosikal Y16 ini. Pelbagai aksesori telah ditambah agar ia tampil lebih menarik. Antara aksesori yang ditambah ke atas motor Y16 ini termasuk clutch cover SPD Racing, seat custom Geng Tayar Besar dan arm alloy CNC Magic Boy.

Tidak cukup dengan itu, Panjang Lee menukar rim dengan menggunakan sport rim FG 511 Magic Boy. Hub juga digantikan dengan hub spocket custom dari Magic Boy, fork depan CNC Espada dan foot rest RCB. Bagi memastikan penunggangan yang lebih selesa, Panjang Lee menggunakan monoshock RCB, disc plate alloy Boushi, radiator twin fan KZR Racing serta full set protector lamp Shark.

Bagi meningkatkan kekuatan pada motor Yamaha Y16 Petronas 88 ini, ECU UMA telah dimasukkan. Manakala ekzos pula, Panjang Lee telah memilik ekzos ori carbon LeoVince serta muffler bracket dari Dyno. Seterusnya, tayar dari jenama Maxxis telah dipilih untuk cengkaman lebih kukuh dan penunggangan lebih lancar.

Akhirnya, projek untuk menaik taraf Yamaha Y16 menjadi sebuah Yamaha Petronas 88 selesai. Sayangnya, ia sekadar gambar dalam majalah. Kalau berpeluang melihat dengan lebih dekat, boleh bikin hati panas mendengar deruman Yamaha Petronas 88 milik Panjang Lee ini!

Disebabkan itu, Panjang Lee sering menyertai aktiviti Autoshow Motor untuk bersama para peminat modifikasi dua roda yang lain. Selain bertemu rakan-rakan yang berkongsi minat sama, beliau menjadikan ruang ini untuk bertukar-tukar idea dengan geng baru dunia motosikal. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai mekanik, beliau cuba meluangkan masa. Begitulah caranya untuk belajar dan menimba ilmu permotoran dua roda di era yang serba maju dan canggih ini.

Sebelum mengakhiri sesi bersama beliau, Panjang Lee sempat mengucapkan terima kasih kepada keluarganya yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap minatnya selama ini. Beliau juga sangat berterima kasih kepada KF Airbrush, Ambi Racing, Arif Racing, Adam Racing, Kobe Tan, SHM Racing Part, GK Alloy Racing dan ramai lagi kerana membantu beliau melaksanakan projek dan menghiasi Yamaha Petronas 88 ini.

Previous Post

Pondok Sarapan Hj Yusof Jadi Tumpuan NVOG & Friends

Next Post

Usaha Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri 2025

Next Post

Usaha Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri 2025

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved