Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kerja tangan Yang Tiada Tandingan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-27
in BULETIN, UTAMA
0

Tiada apa yang boleh dipersoalkan atau diperkatakan apabila bercerita tentang visi seorang pembikin kraft yang terus menghasilkan karya demi karya. Tidak kisahlah, sama ada ia seni muzik, seni persembahan atau membangunkan motosikal kustom yang sangat menakjubkan dan mereka tidak akan berhenti atau berpuas hati hanya dengan satu hasil kerja sahaja. Inilah yang terjadi kepada Paul Brauchart dan Philipp Rabl dari Vagabound Moto yang menyedari koleksi motosikal kustom mereka mula kelihatan sebagai sebahagian koleksi khas untuk BMW Motorrad. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memecahkan tradisi dan mula bekerja di platform lain.

Apa yang menarik, dari semua motor yang boleh dipilih, mereka telah memilih sebuah Moto Guzzi V7 III. Kepada yang sudah sedia maklum, Guzzi bukan sebuah motor yang mudah untuk diubahsuai atau menjalani transformasi kepada sebuah motor rekaan kustom. Motor ini amat sukar dari kedua-dua struktur dan komponen dengan sistem elektrik yang sofistikated di mana terlalu banyak wayar dan suiz perlu disembunyikan dengan kemas seperti yang dibina oleh Vagabund Moto.

Oleh yang demikian, ia memerlukan banyak kreativiti dari Paul dan Philip yang sering menggunakan teknik moden dalam setiap binaan mereka. Bagi makluman, Vagabund Moto lebih cenderung menggunakan model dan cetakan 3D untuk binaan motosikal mereka. Disebabkan itu, hasil binaan mereka tidak sama seperti yang dihasilkan di laman belakang tetapi konsep rekaan yang sentiasa dinanti-nantikan pengeluarannya. Hasilnya. Mereka merancang untuk reka bentuk menerusi jalan kerja moden untuk Guzzi, dalam masa yang sama mengekalkan reka bentuk yang sesuai dengan binaan mereka yang lain; minimalis dan juga kemas.

Sebagai permulaan, bahagian ekor belakang yang sangat langsing dan padat telah dicetak menggunakan filamen Nylon PA12 – bahan yang tahan lama dan kukuh dari segi struktur. Semua bahagian 3D yang dicetak pada Moto Guzzi dibuat dari polimer. Paul dan Philip memutuskan untuk mengekalkan tangki bahan api Guzzi tetapi melakukan sedikit perubahan sendiri. Filler cap aloi pop-up telah dipasang untuk unit stok. Logo Vagabund menggantikan stok emblem helang Guzzi dan sarung kerusi khas dibuat untuk bahagian belakang tangki. Ini memberi gambaran bahawa tangki berakhir lebih cepat daripada yang sebenarnya. Mereka tidak perlu mengorbankan kapasiti asal tangki.

Beberapa sentuhan akhir pada motosikal ini termasuk alas kaki LSL, Bitubo shock dan pelana khas. Secara keseluruhan, motosikal ini kelihatan seperti sebuah model konsep yang menunggu pengeluarannya. Tanpa ragu-ragu, Moto Guzzi V7 III Cafe Racer ini menjadi penambahan luar biasa untuk kustom Vagabund Moto.

Sumber : RideApart.com

Previous Post

Alternatif Bagi Penggemar V-Twin Muscle Amerika!

Next Post

Yamaha GTS 1000 Tahun 1993 Kembali Bernyawa Hasil Tangan Lorenzo Frugaroli

Next Post

Yamaha GTS 1000 Tahun 1993 Kembali Bernyawa Hasil Tangan Lorenzo Frugaroli

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved