Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Manis Azroy, Hadiah Hari Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-19
in BULETIN, UTAMA
0

Kejuaraan ASB1000 yang dilihat hampir pasti dimenangi oleh Andi Farid Izdihar dari Honda Asia-Dream Racing bersama Astemo berubah arah apabila Yuki Kunii mengejutkan semua dengan kemenangan berganda di Pusingan 5 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship, berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, Malaysia.

Selepas mengungguli Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, pelumba dari SDG Team HARC-PRO Honda Ph. itu terus cemerlang dengan kemenangan kedua pada Perlumbaan 2, mencatat masa 25’26:318s. Yuki mula mendominasi sejak pusingan ketiga apabila berjaya memintas Nakarin Atiratphuvapat dari Honda Asia-Dream Racing dan pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah dari JDT Racing Team, yang bermula di petak pertama. Hafizh, yang mengimpikan kemenangan sempena Hari Malaysia di hadapan penyokong tanah air, terpaksa akur di tempat ketiga selepas Nakarin mengambil tempat kedua.

Dengan kemenangan ini, Yuki melonjak ke tangga teratas kedudukan keseluruhan dengan 142 mata, mengatasi Andi Farid yang menghadapi minggu sukar di Sepang, hanya mampu meraih tempat keempat dalam Perlumbaan 1 dan kelima dalam Perlumbaan 2. Dengan satu lagi pusingan di Chang International Circuit, Buriram, Thailand, perebutan kejuaraan kini terbuka dan kian sengit.

Top 3 Terbaik ASB1000 – Perlumbaan 2
1. Yuki Kunii – SDG Team HARC-PRO Honda Ph. (25’26:318s)
2. Nakarin Atiratphuvapat – Honda Asia-Dream Racing with Astemo (25’29:138s)
3. Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM (25’30:275s)

Azroy Hadiahkan Kemenangan Hari Malaysia Untuk Penyokong Tempatan
Pelumba Team IDEMITSU Boon Siew Honda Racing, Azroy Hakeem Anuar mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh bangga di atas podium SS600 setelah mencatat kemenangan ketiganya musim ini di hadapan penonton.

Perlumbaan 10 pusingan SS600 ini dimulakan dengan tumpuan kepada pendahulu kejuaraan, Apiwath Wongthananon dari YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN yang pantas mendahului perlumbaan. Namun, pada pusingan ke-6, Mohamad Adenanta Putra dari ASTRA HONDA RACING TEAM dan Azroy berjaya melepasi pelumba Thailand itu, menguasai perlumbaan hingga ke garisan penamat. Apiwath dan rakan sepasukannya, McKinley Kyle Paz, terpaksa bertahan di belakang ketika dua pelumba Honda mengawal perlumbaan.

Azroy mencuri kemenangan dengan masa 22’01:801s, menewaskan Adenanta yang berada di tempat kedua. Drama tercetus di pusingan akhir apabila McKinley melakukan kesilapan di selekoh terakhir, membenarkan Veda Ega Pratama dari ASTRA HONDA RACING TEAM mengambil tempat ketiga, melengkapkan kemenangan penuh Honda dengan gabungan pelumba Malaysia dan Indonesia.

Top 3 Terbaik SS600 – Perlumbaan 2
1. Azroy Hakeem Anuar – IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team (22’01:801s)
2. Mohammad Adenanta Putra – ASTRA HONDA RACING TEAM (22’01:890s)
3. Veda Ega Pratama – ASTRA HONDA RACING TEAM (22’02:350s)

Kemenangan Pertama Fazrul Musim Ini
Ahmad Fazrul Sham dari pasukan CARDINALS FACTORY RACING TEAM ARRC mencipta kejutan dalam kategori UB150. Dalam perlumbaan yang sering berakhir dengan jarak rapat antara pelumba, Fazrul melakukan aksi luar biasa di pusingan terakhir apabila berjaya melepaskan diri dari kelompok utama. Dengan kelajuan tertinggi yang mengagumkan, beliau mencipta jarak di laluan lurus belakang sepanjang 5.543km Litar Antarabangsa Sepang, menamatkan perlumbaan dengan masa 15’41:525s.

Fazrul meraih kemenangan pertamanya musim ini dengan kelebihan 0:526s mengatasi kumpulan utama. Sementara itu, saingan sengit berlaku untuk tempat kedua dan ketiga, dengan Adytya Fauzi dari pasukan RACETECH SIXTY Racing Team diputuskan sebagai pemenang tempat kedua selepas siasatan foto penamat, mencatat masa 15’42:051s, manakala Nazirul Izzat Md Bahauddin dari pasukan UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team berada di tempat ketiga dengan 15’42:054s.

Top 3 Terbaik UB150 – Perlumbaan 2
1. Ahmad Fazrul Sham – CARDINALS FACTORY RACING TEAM ARRC (15’41:525s)
2. Adytya Fauzi – RACETECH SIXTY Racing Team (15’42:051s)
3. Nazirul Izzat Md Bahauddin of UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team (15’42:054s)

Previous Post

Menjaga Prestasi Honda EX5, Motosikal ‘Lejen’ Anda

Next Post

Pengalaman Epik Untuk Peminat Motosikal, Cipta Kenangan Bersama

Next Post

Pengalaman Epik Untuk Peminat Motosikal, Cipta Kenangan Bersama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved