Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kemenangan Berganda Nakarin di Pusingan Kedua

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-08-27
in BULETIN, UTAMA
0

Kejuaraan Superbike Malaysia (MAM) perlumbaan kedua untuk pusingan kedua (Race 2, Round 2) yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, menyaksikan Nakarin Atiratphuvaphat dari HONDA RACING THAILAND meraih kemenangan berganda dalam kategori perlumbaan MSBK1000 A.

Dalam Perlumbaan 2, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM mempamerkan aksi sengit apabila mendahului perlumbaan dengan Nakarin rapat mengekorinya dari belakang. Di tempat ketiga, Lechlan Epis dari pasukan SAVITAR ESG ASIA mengekalkan kedudukannya sambil ditekan oleh Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan HORIZON RACING TEAM dan Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA.

Pada pusingan kedua, Azlan berjaya memintas Lechlan di tempat ketiga dan mempercepatkan kelajuannya untuk mengejar dua pelumba teratas, Azroy dan Nakarin. Kedudukan ketiga-tiga pelumba ini kekal sehingga pusingan terakhir apabila Azroy terjatuh dan menyaksikan Nakarin menjuarai perlumbaan dengan catatan masa 21’23:707s. Azlan menduduki tempat kedua dengan masa 21’28:185s, manakala Kasma berada di tempat ketiga dengan masa 21’30:780s.

Helmi, Kemenangan Kali Keempat Berturut-turut
Md Helmi Azman dari pasukan BOON SIEW HONDA RACING TEAM sekali lagi meraih kemenangan dalam kategori perlumbaan MSBK600. Sejak perlumbaan bermula, Helmi mempamerkan aksi sengit dengan Thanat Laoongplio dari HONDA RACING THAILAND serta rakan sepasukannya, Md Syarifuddin Azman untuk merebut kedudukan teratas.

Helmi menunjukkan keyakinan yang tinggi sepanjang perlumbaan apabila beliau tidak menoleh ke belakang, hanya fokus terhadap perlumbaan dan meninggalkan pesaingnya jauh di belakang. Thanat yang berada di tempat kedua cuba merapatkan jurang dengan Helmi, namun terjatuh pada pusingan ke-4, membolehkan Syarifuddin dan Mohd Danial Syahmi dari pasukan FGRT PROJECT mengambil alih tempat kedua dan ketiga.

Helmi dengan konsisten memimpin perlumbaan sementara Syarifuddin yang berada di tempat kedua ketinggalan sekurang-kurangnya lima saat di belakangnya. Akhirnya, Helmi menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 22’00:597s. Syarifuddin menduduki tempat kedua dengan masa 22’06:386s, manakala Danial di tempat ketiga dengan masa 22’11:931s.

Pemulihan Untuk Irfan
Irfan Ardiansyah dari pasukan Honda NWN SCK Racing Team berjaya merangkul kemenangan dalam Perlumbaan 2 kategori MSBK250 A. Sebaik sahaja Perlumbaan 2 dimulakan, Gerry Salim dari pasukan Honda NWN SCK Racing Team segera memimpin perlumbaan. Di belakangnya adalah rakan sepasukannya, Irfan Ardiansyah, dan Muhd Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing.

Pada pusingan ketiga, Irfan berjaya memintas Gerry di tempat pertama dan mempercepatkan kelajuannya. Gerry cuba mengejar semula kedudukan teratas, namun dipintas oleh Kitsada Tanachot dari HONDA RACING THAILAND.

Pada pusingan keenam, Syazras yang berjaya melonjak ke kumpulan hadapan dari tempat ke-10 memintas Irfan, tetapi Irfan berjaya merampas semula kedudukan teratas dan menamatkan perlumbaan dengan masa 19’55:719s. Kitsada menduduki tempat kedua dengan masa 19’55:931s, manakala Gerry berada di tempat ketiga dengan masa 19’55:960s.

TOP 3 Terpantas – Race 2
MSBK1000 A
1. Nakarin Atiratphuvaphat – HONDA RACING THAILAND (21’23:707s)
2. Azlan Shah Kamaruzaman – HORIZON RACING TEAM (21’28:185s)
3. Kasma Daniel Kasmayudin – YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21’30:780s)

MSBK600
1. Md Helmi Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22’00:597s)
2. Md Syarifuddin Azman – BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22’06:386s)
3. Mohd Danial Syahmi – FGRT PROJECT (22’11:931s)

MSBK250 A
1. Irfan Ardiansyah – Honda NWN SCK Racing Team (19’55:719s)
2. Kitsada Tanachot – HONDA RACING THAILAND (19’55:931s)
3. Gerry Salim – Honda NWN SCK Racing Team (19’55:960s)

Previous Post

Memartabatkan Generasi Muda dalam Permotoran

Next Post

Melegakan Keresahan Pemilik Jentera 135LC

Next Post

Melegakan Keresahan Pemilik Jentera 135LC

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved