Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembara Ketika Pandemik. Wajar Atau Tidak?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-09
in BULETIN, UTAMA
0

Baru hendak kembali bertatih, Malaysia kembali dikejutkan dengan peningkatan kes positif covid-19 yang naik secara mendadak sehingga mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 691 kes dengan 4 kematian (setakat artikel ini ditulis). Sebagaimana beberapa negara lain di seluruh dunia, Malaysia kini sedang berada di gelombang ketiga pandemik covid-19. Berikutan beberapa kawasan mencatatkan kes positif terbaharu yang tinggi, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan telah dilaksanakan.

Apa yang menjadi punca kepada tercetusnya gelombang ketiga ini, masih menjadi perbualan hangat terutamanya di kalangan netizen di laman sosial. Namun, ini bukan masa untuk menuding jadi mencari kesalahan. Sebaliknya berusaha mencari penyelesaian untuk kembali melandaikan lekuk covid-19. Sebelum ini, bermacam-macam program dari pelbagai sektor telah rancak diadakan termasuk program berkonvoi anjuran kelab-kelab permotoran.

Sepanjang aktiviti konvoi dan kembara diadakan, tidak lagi mencetuskan atau melahirkan kluster baru. Saya percaya, ianya kerana para peserta dan pihak penganjur berusaha sehabis baik mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lebih banyak lagi aktiviti serupa yang telah dijadualkan dan dijangka bakal diadakan selepas ini. Persoalannya, adakah wajar aktiviti berkonvoi atau kembara solo diadakan ketika pandemik covid-19 sedang memuncak?

Wajar atau tidak, ia adalah hak dan pilihan masing-masing. Namun, harus diingatkan masalah ini tidak akan bertemu titik noktah sekiranya tiada kerjasama dari semua pihak untuk memerangi covid-19 bersama-sama. Saya juga faham yang ramai tidak suka duduk terperuk dalam rumah tanpa membuat apa-apa aktiviti. Bercuti ke tempat-tempat menarik untuk mencari kedamaian dan ketenangan bersama kawan-kawan sambil menikmati keindahan alam.

Bagi pendapat peribadi saya, aktiviti berkonvoi dan kembara solo masih boleh diadakan. Berbanding program lain seperti perhimpunan kelab atau bike week yang mengumpulkan sejumlah besar bilangan peserta dalam satu-satu masa dan pastinya sukar untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi sepanjang masa. Berbeza dengan program konvoi atau kembara solo, penyertaan para peserta yang terlibat boleh dihadkan dan tiada masalah dalam soal penjarakan sosial.

Kebanyakan aktiviti kembara atau konvoi diadakan mempunyai matlamat tertentu dan lazimnya, mengedarkan sumbangan kepada golongan memerlukan terutamanya yang terjejas akibat pandemik covid-19 ini. Bukan itu sahaja, para peserta yang terlibat dengan konvoi ini mahupun yang kembara secara solo pasti berhenti di sepanjang perjalanan dan berbelanja samada makan tengah hari atau membeli barang-barang cenderamata sebagai kenangan. Secara tidak langsung membantu perniagaan pengusaha kecil tempatan. Setuju?

Berbalik kepada persoalan tadi, adakah aktiviti berkonvoi atau kembara secara solo wajar diadakan ketika pandemik covid-19? Tepuk dada, tanya selera. Walaupun anda tidak melakukan aktiviti di luar, jangan lupa amalkan kawalan kendiri. Ayuh, kita lawan dan sama-sama melandaikan lekuk covid-19. Kita boleh!

Previous Post

Panduan Keselamatan Untuk Pemandu Kereta Dan Penunggang Motosikal

Next Post

Jentera Moped Yang Sentiasa Di depan

Next Post

Jentera Moped Yang Sentiasa Di depan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved