Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembara BMW F800 GS

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-25
in UTAMA
0

Berikutan genre motosikal yang semakin bertambah, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan. Motosikal sport untuk yang gilakan kuasa dan adrenalin, naked untuk yang lebih banyak di kawasan urban, skuter untuk tunggangan lebih santai dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, apabila sudah mempunyai motosikal berkuasa besar, perjalanan setakat 200 kilometer tidak terasa. Bagi yang sudah biasa, mereka akan mencari sesuatu yang lebih mencabar iaitu pengembaraan beribu batu merentas negara dan benua.

Di sinilah nama jentera BMW GS selalu disebut. BMW mempunyai beberapa variasi model GS dengan enjin dan aksesori berbeza seperti 1200, 800, 700 dan 650. Saya pernah menemu ramah beberapa peserta yang terlibat dalam beberapa jelajah menggunakan GS. Kebanyakan di antara mereka (bukan semua) mengatakan F800 GS lebih berbaloi untuk ditunggang. Walaupun GS1200 mempunyai lebih kuasa, namun beratnya juga bertambah. Ini sekali gus ada ketikanya ‘menyakitkan’ penunggang, terutamanya setelah berjam-jam menunggang dan melalui kawasan yang tidak menentu permukaan jalannya.

F800 GS mempunyai saiz yang tidak terlalu besar. Malah jika ditunggang di kawasan bandar dengan beg sisi sekali pun, ia tidak menyukarkan penunggang. Beratnya tanpa aksesori adalah sekitar 191 kilogram. Cuma, kedudukannya sahaja sedikit tinggi dengan motosikal genre lain. Tetapi, ini pastinya memberi kelebihan apabila hendak melalui jalan yang tidak rata atau permukaan yang sukar dijangka.

Enjin yang digunakan untuk memacu F800 GS berkapasiti 798cc dengan dua silinder yang diletakkan sebaris. Dengan susun atur seperti itu, enjin ini tidak mengeluarkan gegaran yang kuat dan terasa lancar. Sama ada apabila bergerak perlahan mahupun memecut di atas lebuh raya. Saya langsung tidak berasa mahu menunggang dengan agresif apabila berada di atas jentera ini. Paling laju pun, cuma 160km/j di atas lebuh raya. Itu pun hanya waktu memotong dan sekali sekala sahaja. Pada kebanyakan masa di atas lebuh raya, saya hanya mengekalkan kelajuan yang dirasa bersesuaian iaitu sekitar 140km/j.

Sepanjang berada dalam kelajuan ini, F800 GS kekal stabil dan tiada gegaran kuat dirasakan pada bahagian enjin dan badan motosikal. Cuma ada ketikanya, disebabkan ia mempunyai penghadang udara yang pendek, rintangan angin menjadi sedikit ketara. Selain itu, tayar yang besar dan kurus (90/90R21) di bahagian hadapan pula membuatkan saya sedikit risau sekiranya ingin mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. Tetapi sebenarnya, penggunaan saiz tayar tersebut memberikan F800 GS lebih keupayaan sewaktu melalui jalan kasar dan tidak rata.

Sampai di Port Dickson, Negeri Sembilan, saya juga ada mencuba untuk menunggang di kawasan berpasir dan penuh dengan batu serta akar kayu. Apa yang boleh saya katakan, motosikal ini seperti tidak merasa keadaan yang boleh dianggap mencabar bagi motosikal lain dan dapat melaluinya dengan bersahaja. Bahagian yang banyak membantu adalah suspensi hadapan teleskopik 43mm terbalik dan penyerap berspring yang boleh dilaras pada bahagian belakang.

Walaupun motosikal ini boleh melalui jalan tidak rata dengan mudah, penunggangnya pula harus mempunyai set kemahiran yang tertentu dan ia bukanlah mudah. Saya sendiri menunggang dalam keadaan perlahan dan terjatuh sewaktu melalui jalan berpasir yang disebutkan tadi. Mujurlah tiada sebarang kecederaan dan kerosakan pada motosikal tersebut.

Model F800 GS yang dipaparkan ini ialah model asas. Pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan model F800 GS Adventure yang lengkap dengan aksesori jelajah dan sistem keselamatan Pengawal Stabiliti Elektronik (ESC). Dengan kelengkapan sebegitu, barulah penunggang betul-betul bersedia berhadapan dengan cabaran sebenar.

BMW F800 GS
Spesifikasi
Enjin : 798cc, dua silinder sebaris, empat lejang, empat injap setiap silinder
Transmisi : ‘Constant mesh’ enam kelajuan, klac ‘multiple-disc’
Kuasa maksimum : 85hp @ 7,500rpm
Tork maksimum : 83Nm @ 5,750rpm
Ciri keselamatan : brek ABS, ESC (pilihan)
Brek : Cakera berkembar terapung 300mm dan angkup dua piston (di hadapan), cakera tunggal terapung 265mm dan angkup tunggal (di belakang)
Berat : 191kg (kering), 214kg (sedia bergerak)

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 3

Previous Post

Tekun Mobilepreneur 2.0; Pembiayaan Kepada Penunggang Motosikal Penghantaran

Next Post

Langgar Lari; Pemandu Van Seret Superbike Di Lebuh Raya

Next Post

Langgar Lari; Pemandu Van Seret Superbike Di Lebuh Raya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved