Populariti model Yamaha 135LC Fi terus diperkemaskan dengan model terbaharu mendapat 4 warna baharu termasuk bagi satu bagi model Edisi Khas (SE). Untuk tahun 2025, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan tiga warna yang bergaya dan satu warna baharu untuk Edisi Khas (SE) iaitu Aqua Blue, Sandstorm, Moss Green untuk model standard sementara bagi warna Red Titan ia dikhususkan bagi model SE.
Sedikit info mengenai model Yamaha 135LC, ia telah diperkenalkan pada tahun 2005 bermula bagi pasaran Thailand dan Indonesia. Sementara generasi pertama Yamaha 135LC mula diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 2006.
Di Malaysia, model ini dikenali sebagai 135LC, bagaimanapun berbeza dengan negara lain, ia diberikan nama-nama yang berlainan mengikut negara. Bagi negara jiran seperti Thailand, jentera tersebut dikenali sebagai Yamaha Spark 135.
Sementara di negara seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina, masing-masing digelar dengan nama Yamaha Jupiter MX, Yamaha Sniper 135 dan Yamaha Exciter 135. Untuk info, Yamaha 135LC Fi masih dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api klac automatik 135cc, pematuhan EU4 dengan kuasa maksimum 9.3 kW pada 8,000 rpm dan tork 12.2 Nm pada 6,000 rpm.
Yamaha 135LC FI untuk tahun 2025 dengan pilihan warna baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai 05 Februari 2025, pada tag harga RM 8,298.00 untuk versi standard, dan RM 8,798.00 untuk versi SE, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.
Bagi mereka yang mencari motosikal baharu, pembelian 135LC Fi akan menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM 100, dengan pembelian mereka. Bagi mereka yang memilih model atau versi SE, anda akan menerima Visor Sport tambahan bersama-sama dengan Bakul Premium Yamaha dengan Pengecas USB Jenis-C yang disertakan bersamanya.