Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kembali Dengan ‘Buah Tangan’ Lebih Mantap Bergaya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-01-07
in BULETIN, UTAMA
0

Sekian lama ‘menghilang’, Husqvarna jenama jentera premium dari Sweden kini tampil dengan pengenalan dua model terbaharu mereka selepas sesi pengenalan kepada media dan wakil pengedar di Welly World Cycle, Sungai.

Dikuasakan dengan inovasi pemikiran, ergonomi yang canggih dan kualiti yang diakui, jenama perintis ini terus menetapkan penanda aras dan berkembang secara global bagi menarik kembali peminat di Malaysia.

Antara keluaran yang dipertontonkan adalah segmen jentera cafe racer seperti Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 yang menggabungkan komponen berkualiti tinggi, ciri peningkatan perjalanan dan gaya untuk pengendalian dinamik dan prestasi yang agresif.

Svartpilen 250 dilengkapi dengan enjin dari 250cc dengan padanan silinder tunggal 4-lejang, reka bentuk casis kompak dan suspensi jenis WP Apex sambil tork mampu menjana kuasa sekitar 44hp dan tork 37Nm.

Sementara Svartpilen 401 dan ‘kembarnya’ Vitpilen 401 turut menggunakan enjin sama seperti yang ada pada KTM 390 Duke dan RC 390. Enjin bersesaran 373cc itu mampu menjana kuasa sekitar 44hp dan tork 37Nm serta transmisi manual 6 kelajuan.

Kedua-dua model terbabit dipasang pada kerangka jenis trellis, kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan dan dibezakan dengan pemegang bar yang mengikut kesesuaian anda.

Motosikal yang menawarkan posisi tunggangan berbeza itu menggunakan khidmat suspensi jenama WP Apex. Fork hadapan 43mm dan WP Apex Monoshock di belakang dengan jarak pergerakan suspensi sejauh 142mm menjanjikan tunggangan yang lebih agresif.

Ketiga-tiga model yang diperkenalkan hadir pada tag harga RM24,800 bagi Svartpilen, manakala Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 ditawarkan pada harga RM29,800 seunit.

Mereka yang berminat untuk aktiviti luar jalan raya atau mahu menikmati cabaran hutan hijau, barisan model motosikal enduro yang terdiri daripada TE 250i (RM44,000), TE 300i (RM48,500), TE 300i Edisi Rockstar (RM57,800), FE 250 (RM49,000) dan FE 350 Edisi Rockstar (RM58,800) selain model motosikal segmen motocross seperti FC 250 (RM42,500) dan jentera supermoto FS 450 (RM50,000) tersedia untuk anda.

Model yang bermula dari enjin satu-silinder, enjin 2-lejang hingga satu-silinder atau jentera dengan enjin 4-lejang, jenama motosikal Husqvarna dilengkapi dengan penyerap hidraulik jenis MAGURA dan ciri-ciri terkini lain.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui atau mahu menunggang uji model motosikal Husqvarna, beberapa model ini telah tersedia seawal Januari ini dan akan berada di lokasi masing-masing di tiga pengedar utama berdekatan dengan anda.

Zon Utara
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd
No.2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Zon Tengah
Welly World Cycle Sdn Bhd
No.2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 ½, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

Zon Selatan
Wheel Riders Malaysia Sdn Bhd
No. 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

Previous Post

Bersedia Menghangatkan Semula Kancah Sukan Lumba Motor Untuk Tahun 2021!

Next Post

Tampil Lebih Segar Dan Bergaya Dengan Warna Serta Grafik Baharu

Next Post

Tampil Lebih Segar Dan Bergaya Dengan Warna Serta Grafik Baharu

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved