Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Teluk Intan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-26
in BULETIN, UTAMA
0

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan menjuarai perlumbaan akhir kelas CP150 menerusi pelumbanya, Tengku Amirul Haffiruddin di perlumbaan pusingan keenam yang berlangsung di Teluk Intan pada 7 dan 8 September yang lalu. Amirul menamatkan 12 pusingan dengan catatan masa 10:34.956 saat(s) sekaligus menjadi kemenangan pertamanya untuk musim ini.

Di tempat kedua menjadi milik pelumba dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Md Helmi Azman dengan catatan masa 10:36.206s yang meninggalkan Md Azhar Abd Jalil, seorang lagi pelumba yang mewakili pasukan Motul Yamaha YY Pang dan juga rakan sepasukan Tengku Amirul Haffirudin. Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10:38.974s.

Manakala untuk kelas CP115 telah diungguli pelumba dari Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff dengan catatan masa 9:44.542s dan menebus kekecewaannya pada pusingan 5 di Terengganu. Ketinggalan tidak jauh di belakangnya, Md Syafiq Rosli yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9:44.549s. Ini diikuti pemenang di tempat ketiga, Md Aiman Azman yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing dengan catatan masa 9:47.745s.

Sementara itu, bagi kelas Wira terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat yang melanda Teluk Intan dan kembali diadakan setengah jam kemudian. Menggungguli kelas Wira ini adalah pelumba yang mewakili pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Ahmad Zamri yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 8:01.922s. Pencabar terdekatnya iaitu pelumba dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Aliff Danial Md Asri dengan masa 8:02.100s. Di tempat ketiga pula milik Md Adam Haikal Jahar dari Pertonas Sprinta Yamaha-31 Racing dengan masa 8:09.292s.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 – Teluk Intan
CP150
1. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang Racing) -10:34.956s
2. Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) – 10:36.206s
3. Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 10:38.974s

CP115
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) – 9:44.542s
2. Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 9:44.549s
3. Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) – 9:47.745s

Wira
1. Md Zaki Zamri (MOS William #LLRKS CYT Racing) – 8:01.922s
2. Md Aliff Danial Asri (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) – 8:02.100s
3. Md Adam Haikal Jahar (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) – 8:09.292s

Previous Post

Ulang tahun ke-46 Syarikat Motorcycle Sales Centre disambut meriah

Next Post

Kejuaraan Motosikal Asia Pusingan 6

Next Post

Kejuaraan Motosikal Asia Pusingan 6

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved