Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kejayaan Penganjuran Tahun Ke-6, Dihadiri Komuniti Dari Seluruh Negara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-12-27
in BULETIN, UTAMA
0

Bertempat di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah berlangsungnya acara Mega Gathering Honda RS150R & RSX150 pada 30 November lalu. Acara tahunan yang memasuki tahun keenam ini berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya menarik lebih 5,000 peserta dari seluruh negara. Tahniah diucapkan kepada saudara Alfishahrin, cik Diana Latief, dan barisan krew penganjur atas usaha cemerlang memastikan acara ini terus menjadi platform penyatuan peminat Honda RS150R dan RSX150.

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan pendaftaran peserta untuk pertandingan motoshow dan penempatan khemah kelab komuniti. Kehadiran kelab-kelab dari pelbagai negeri memeriahkan suasana, termasuk Kelab Komuniti Crew RS150 Perak Official yang diketuai oleh saudara Zam. Semangat kekeluargaan jelas terasa apabila komuniti dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul bagi meraikan minat yang sama.

Jam 10 pagi menyaksikan pelbagai aktiviti sukaneka yang mencabar dan menghiburkan peserta, diikuti dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik. Pada jam 11 pagi, peserta berpeluang berjumpa pasukan Cubprix Syahrul Yuzy Team dalam sesi Meet & Greet. Kehadiran pelumba terkenal seperti Shazras Yuzy, Azroy Akeem, dan Ahmad Darwisy menambah kemeriahan acara. Turut diadakan ialah penyerahan plak penghargaan kepada ketua-ketua kelab komuniti yang hadir sebagai tanda penghormatan.

Pada sebelah petang, acara diteruskan dengan sesi Safety Riding yang berlangsung dari jam 3 hingga 4 petang. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya dalam kalangan peserta. Kemuncak program adalah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal Honda RSX150 Edisi Istimewa Repsol. Pasangan suami isteri dari Kedah bertuah membawa pulang hadiah tersebut, mencipta kenangan manis bagi acara kali ini.

Acara diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai melibatkan semua peserta, pemenang, dan wakil kelab komuniti. Ini menjadi momen istimewa bagi mengabadikan kenangan manis sepanjang program. Semoga acara Mega Gathering Honda RS150R & RSX150 terus menjadi simbol persaudaraan dan minat yang mendalam terhadap motosikal Honda. Jumpa lagi pada edisi ke-7 tahun 2025, Insya-Allah!

Perkongsian : Zam [Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official]

Previous Post

Naked Bike Kompak dengan Rekaan Futuristik

Next Post

Simbol Solidariti dan Semangat Kesukarelawanan Rakyat Malaysia

Next Post

Simbol Solidariti dan Semangat Kesukarelawanan Rakyat Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved