Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kedah International Bike Week 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in BULETIN, UTAMA
0

Cuaca panas dan kering yang melanda sebahagian besar negeri di semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis tidak menghalang para penggemar dan penggiat dunia dua roda berhimpun, melibatkan diri dan memeriahkan lagi penganjuran Kedah International Bike Week 2019. Berlangsung selama 3 hari bermula dari 22 Mac sehingga 25 Mac lalu di Taman Jubli Emas Alor Setar, acara ini tetap mendapat sambutan hangat walaupun diadakan dalam keadaan cuaca yang panas.

Kedah International Bike Week ini merupakan acara yang julung kali dianjurkan oleh Stylo Republic Sdn Bhd yang dimiliki saudara Mohd Zaki Salleh dan mendapat kerjasama penuh dari Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Kedah. Acara ini mustahil diadakan dengan begitu gah serta meriah tanpa sokongan juga penglibatan beberapa rakan permotoran lain antaranya seperti Penang Bikers, FRB, Otai Bikers, Kelab Harley Utara Grup dan banyak lagi.

Dianggarkan lebih 5000 orang pengunjung telah memeriahkan Kedah International Bike Week 2019 ini yang dirasmikan YB Mohd Amirul Anuar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni & Budaya dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan. Malah, penganjuran acara ini cukup bermakna apabila turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Bukan sahaja dimeriahkan dengan kehadiran para pengunjung tempatan, Kedah International Bike Week ini turut dihadiri para pengunjung luar negara seperti Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan Myanmar. Bagi menghangatkan lagi penganjuran acara yang telah disenaraikan sebagai salah satu acara tahunan negeri Kedah, pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur sepanjang tiga hari acara berlangsung dan antara yang mendapat sambutan hangat para pengunjung adalah persembahan aksi lagak ngeri dari pelagak ngeri wanita yang tidak asing lagi di Malaysia, Ilia Iryani.

Para pengunjung yang tidak putus membanjiri tapak acara turut tidak melepaskan peluang mengikuti sesi tunggang uji motor-motor yang disediakan oleh wakil-wakil pengedar yang mengambil bahagian sebagai pempamer. Antara yang mengambil bahagian sebagai pempamer sekali gus menyemarakkan lagi penganjuran Kedah International Bike Week 2019 ini termasuk Benelli, Ducati, Kawasaki, Harley Davidson, El Chong BMW Motorrad, SYM, Honda Big Wing, Roda Prestasi dan banyak lagi.

Selain itu, beberapa badan kerajaan turut tidak ketinggalan menyertai acara ini seperti PDRM yang telah membuka kaunter pembayaran saman, sekali gus memudahkan urusan para pengunjung yang hadir. Para pengunjung juga berkesempatan beramah mesra dengan para pelakon filem Bikers Kental yang dalam rangka promosi filem tersebut yang dibintangi Dato’ Awie dan Dato’ Afdlin Shauki. Namun acara yang paling dinanti-nantikan adalah segmen cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan seperti Benelli Rfs 150i, Honda EX5 dan motosikal eletrik tajaan Roda Prestasi.

Previous Post

Johor International Bike Week 2019

Next Post

HI-REV raikan juara ARRC bersama pemenang bertuah

Next Post

HI-REV raikan juara ARRC bersama pemenang bertuah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved