Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki ZX636R, pecut tanpa had!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Keputusan untuk memisahkan dua Ninja kepada model yang berlainan merupakan satu langkah bijak dan ia terletak kepada penilaian peminat yang bebas memilih model dalam kelas yang sama. Jangan terkejut dengan model-model Ninja ini kerana ia datang dari negara yang sama; negara matahari terbit, Jepun. Apakah model-model Ninja yang dimaksudkan? Mengapa ia dipisahkan? Kenapa model ini diminati pemilik yang muncul untuk segmen Show Off kali ini? Tidak dinafikan ia adalah topik yang cukup menarik untuk dirungkaikan apatah lagi berpeluang berbuat demikian dengan menemubual pemiliknya.

Kehendak hati, kemampuan kewangan, kesesuaian dan keistimewaan model tersebut menjadi antara faktor-faktor yang membuatkan model ini sentiasa ingin dimiliki oleh muka-muka baru dalam dunia dua roda. Perasaan serupa turut menghantui Danial atau lebih mesra dipanggil Don. Pernah memiliki motosikal Kawasaki ER6N sebagai langkah awal untuk berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Pengalaman ditimba, ilmu menunggang motor dikhatamkan, keadaan wang juga mengizinkan, lebih penting lagi lagi beliau turut menerima sokongan keluarga khususnya isteri tercinta. Lembaran baru dibuka, dunia naked ditinggalkan dan peralihan mengejutkan ke era sportbike pun berlaku kepada Don. Pertumbuhan model terkini yang pesat, menghidangkan pelbagai jenis serta taraf prestasi.

Bersandarkan keinginan terhadap jentera yang tidak terlalu ekstrem dan masih mengekalkan kuasa yang sama, diikuti kepuasan hati dengan jentera keluaran Kawasaki, beliau membuat rujukan tentang ZX6 ini. Rujukan yang dilakukan pula adalah secara serius kerana model ini terdapat beberapa versi. Kajian menyeluruh tertumpu ke atas dua model; ZX6R dan ZX636R. Rekabentuk seakan-akan sama tetapi masih terdapat beberapa aspek yang membezakan keduanya.

Sebagaimana lazimnya, model terkini lebih baik dari segala aspek kerana logiknya, ia dibina untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada keluaran terdahulu. Betul, bukan? Demikian andaian Don sekaligus mengakhiri kemarau pencarian model yang ingin dimilikinya dan ZX636R keluaran tahun 2013 ini menjadi pilihan muktamad.

Kerjaya sebagai seorang pegawai bank mengajar beliau untuk lebih berhati-hati dalam apa jua urusan terutama sekali yang melibatkan kewangan. Walaupun baru sahaja berusia 28 tahun tapi kematangan dalam pengurusan adalah kunci kejayaan hidup. Prinsip tersebut diguna pakai semasa menunggang dan juga dalam penjagaan motosikalnya.

Keterujaan jelas terpancar di wajah Don apabila beliau mula bercerita tentang pemilihan motornya dan juga perbandingan di antara kedua-dua versi Ninja tersebut. Terdapat beberapa ciri kelebihan pada Ninja ZX636R ini dan antara yang menambat hati adalah KTRC atau Kawasaki Traction Control. Bagi beliau, fungsi seperti KTRC adalah sesuatu yang diperlukan bagi sebuah motosikal. Sistem KBS atau Kawasaki Sport ABS siap terpasang dengan rekabentuk terkini. Berbeza pada fairing depan serta sisi kiri dan kanan.

Menjadikan warna white mate sebagai pilihan, Don seringkali meluangkan masanya di litar Sepang. Menurut beliau, sistem suspensi Showa BPF-SFF (Big Piston Fork – Separate Function Fork) yang tersedia pada model ini tidak pernah mengecewakan terutama sekali ketika mengambil selekoh. Pengunaan tayar Pirelli Supercosa memang bertepatan dengan hobi beliau yang suka meleper. Tabung ekzos M4 dipasangkan, dan ternyata ia tidak mengecewakan. Bunyi yang cukup nyaring dan menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Kelajuan paling maksima pernah dicapai oleh beliau dengan ZX636R adalah 280km/j dan ia sangat bersesuaian dengan beliau yang memang suka dengan kelajuan kerana ia memberikan satu kepuasan. Kelajuan begitu mustahil direkodkan di atas jalanraya biasa ia mengganggu serta membahayakan diri serta pengguna jalanraya lain.

Oleh itu, litar adalah tempat yang paling tepat kerana bebas memecut pada kelajuan maksima dan itu terpulang kepada kemampuan jentera serta keberanian penunggang sendiri. Selekoh pelbagai rupa yang ada di litar sekaligus mengajar dan memberi peluang untuk menimba kemahiran dari otai yang tidak pernah lokek berkongsi pengalaman. “Tiada gangguan dari pengguna jalanraya lain di litar kerana hanya ada penunggang yang berkongsi sama minat,” ujar Don, mengakhiri perbualan.

Previous Post

EX5 PD Grand Gathering 2019

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 - Batu Kawan

Next Post

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 - Batu Kawan

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved