Kalau ada ruang kosong di rumah, pastinya motor ini ada peluang untuk mengisinya. Sebuah motosikal klasik Kawasaki S3 Mach II ini dikeluarkan pada tahun 1974 tetapi seperti yang dapat dilihat, ia masih lagi kelihatan mantap dan pasti prestasinya terjaga agar kekal hebat!
Sebenarnya S3 Mach II ini disenaraikan sebagai salah sebuah motosikal untuk dilelong dan melihat dari gambar-gambar yang disediakan, tidak mustahil ia bakal menjadi milik seseorang dalam masa yang singkat. Seperti yang dicatatkan pada odometer, S3 Mach II hanya pernah ditunggang sejauh 13,000 batu (2,0921 km). Setakat ini, harga bidaan tertinggi untuk motosikan vintaj Jepun adalah $3,500 dan ianya dibuka sehingga 10 Mei ini.
Motor klasik ini dilengkapi dengan enjin 2 lejang 400cc dengan penyejukan udara, dipadangkan dengan transmisi 5-kelajuan yang membantu kuasa mencecah roda belakang menerusi chain final drive. Manakala kelajuan tertinggi yang dicatatkan pula adalah 97 mph (156 kph).
Samurai mekanikal ini menggunakan roda 18-inci dengan menggunakan cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan setup drum di bahagian belakang. Beratnya pula pada skala lebih kurang 155 kg. Jadi, bila ditambah dan ditolak, motor ini masih mampu memberikan keseronokan menunggang sebuah motor 2 lejang. Siapa pemilik bertuah seterusnya yang dapat menyimpan motor ini sebagai koleksi?
Sumber : Autoevolution