Penggunaan fairing gentian karbon menjadikan jentera suku liter itu lebih ringan, lincah dan laju. Tangki minyak, kotak udara, sub kerangka, pelana dan fairing semuanya dihasilkan secara custom. Motosikal itu dipasang dengan tayar Dunlop Sportmax α-13SP berspesifikasi perlumbaan.
Tidak ketinggalan ialah sistem ekzos racing Beet Nasser-T Evolution Type II, suspensi belakang SHOWA yang sama seperti modelZX-10R, perehat kaki belakang, klac oleh ubah dan tuil brek jenama Sniper. Setakat ini, spesifikasi teknikalnya masih belum didedahkan. Jadi, kita tidak tahu berapakah output kuasa enjin versi perlumbaan ZX-25R ini.
Spesifikasi model stok ZX-25R pun belum ada, tetapi enjin yang digunakan adalah jenis high revving dengan garis merah boleh mencecah lebih 17,000rpm. Anda boleh mengharapkan enjin tersebut mampu menjana kuasa sekitar 40bhp dan versi perlumbaan pastinya lebih tinggi.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ