Kalau mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kamcheng tidak membawa sebarang makna. Namun, kamceng pula bermaksud rapat atau akrab dan ini dapat dilihat menerusi sebuah lagi kelab motor yang sudi berkongsi cerita dengan Roadstar.
Ditubuhkan pada Julai 2019, kelab 2T Retro Cub KamChen ini menghimpunkan para pemilik motor kapcai lama (2 stroke). Setakat hari ini, seramai 25 orang telah mendaftar sebagai ahli kelab. Walaupun masih belum mencapai usia setahun penubuhannya, KamCheng yang berpusat di Ecoworld Kota Masai di Pasir Gudang ini aktif melakukan pelbagai aktiviti.
Antara aktiviti yang pernah diadakan sejak penubuhannya pada Julai tahun lalu adalah seperti Ride ke Desaru Retro Bike Week, pertemuaan bersama Gabungan Otai Johor @ Brader Motor Johor serta melakukan kerja-kerja amal kebajikan. Selain itu, ada juga di antara ahli yang giat melibatkan diri dalam aktiviti autoshow.