Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kali Pertama Di Perlis, Dikunjungi Lebih 55,000 Orang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-11-21
in BULETIN, UTAMA
0

Sekali lagi Santai Anak Utara berjaya menarik perhatian dan menghimpunkan para peminat permotoran dari seluruh negara. Diadakan pada 11 November buat kali ke-11, Santai Anak Utara kali ini berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Syed Putra, Kangar, Perlis.

Ini adalah kali pertama Santai Anak Utara diadakan di Perlis tetapi tetap mendapat sambutan yang sangat mengagumkan. Program ini juga turut dihadiri kalangan orang awam yang terdiri dari pelbagai bangsa. Bukan sahaja golongan belia, Santai Anak Utara ini juga menarik kunjungan golongan berkeluarga yang menyarungkan baju rasmi SAU X1.

Terdahulu, Santai Anak Utara telah menyambut ulang tahun ke-10 di MAEPS di Serdang, Selangor. Dianggarkan lebih 40,000 orang ribu pengunjung dari seluruh negara. Menariknya, penganjuran kali ini turut disertai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjayakan program ini dan memberi kesedaran kepada golongan muda khususnya berkaitan simpanan masa depan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli telah sudi merasmikan program ini seterusnya membuat Cabutan Bertuah yang merupakan pakej umrah serta perbelanjaan dan sebuah motosikal Yamaha Y15. Turut hadir memeriahkan lagi Santai Anak Utara ini ialah Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Padang Terap iaitu Yang Berhormat Tuan Nurul Amin bin Hamid dan dua Exco Negeri Tuan Azmir Azizan dan Tuan Izizam Ibrahim. Malah, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir.

Tuan Mohd Syukri dalam ucapannya menyelitkan unsur nasihat kepada peminat permotoran yang hadir untuk menjaga keselamatan ketika menunggang dan mematuhi undang-undang jalan raya. Beliau turut berseloroh dengan mengatakan mendapat aduan orang ramai mengenai tiada tempat makan pada hari penganjuran Santai Utara ini kerana dipenuhi riders yang membanjiri negeri Perlis.

Selain itu, Menteri Besar Perlis juga merasmikan pra-pelancaran Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bersama peserta dan meminta mereka agar kembali bersama keluarga ke negeri Perlis. Seramai 80 peniaga makanan dan aksesori motosikal serta agensi kerajaan membuat pameran. Lebih membanggakan, sebanyak 65 beg darah dapat dikumpulkan di bawah seliaan Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

Sebanyak 4 buah motosikal, satu pakej umrah dan hampir 150 hadiah sampingan seperti topi keledar, minyak enjin sebagai salah satu daya tarikan. Ramai pengunjung yang datang secara berkumpulan dengan pelbagai jenis motosikal, pelbagai ragam dan mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan lain sepanjang program berlangsung. Pameran Motor Show antara yang mendapat perhatian pengunjung dengan hasil kreativiti peminat yang membuat pengubahsuaian.

Previous Post

Serlah Bakat Pelumba KW Motorsport Racing Academy Motor

Next Post

Kemeriahan Berganda Di Hujung Minggu

Next Post

Kemeriahan Berganda Di Hujung Minggu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved