Litar Antarabangsa Sepang bersama Two Wheels Motor Racing telah mengumumkan kalendar untuk Malaysia Superbike Championship (MSBK) musim 2021. Berdasarkan kalendar tersebut, diharapkan kes positif covid-19 akan mula stabil dalam beberapa bulan akan datang.
Jadual 4 pusingan MSBK bakal diadakan seperti tarikh berikut;
Pusingan 1 : 6 – 8 Ogos 2021
Pusingan 2 : 20 – 22 Ogos 2021
Pusingan 3 dan 4 : 14 – 17 Oktober 2021
Dua pusingan terakhir dijadualkan berlangsung serentak pada bulan Oktober.
Sebagaimana biasa, setiap pusingan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan tertakluk kepada arahan dan kebenaran dari kerajaan Malaysia serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.