Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Segmen Adventure Pada Harga Tak Masuk Akal?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-02-28
in BULETIN, UTAMA
0

BAGI mereka yang berminat dengan jentera dalam segmen adventure namun dalam masa yang sama berkira-kira dalam soal harga, MForce Bike Holdings Sdn Bhd kini boleh memenuhi permintaan anda. Melihat pasaran motosikal adventure di Malaysia, MForce Bike Holding tampil dengan pelancaran sebuah model terbaru yang penuh dengan ciri-ciri inovatif dan berprestasi tinggi dari jenama VOGE iaitu model DS900X.

Diperkenalkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., motosikal ini dijual pada harga RM49,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

Voge DS900X tampil dalam tiga warna menarik iaitu Aviator Blue, Lime Green dan Matt Black. Dikuasakan oleh enjin 895cc dwi-silinder, empat-lejang dan lapan-injap, jentera ini mampu menghasilkan 70kW pada 8,250rpm dan tork maksimum 95Nm pada 6,000rpm. Dengan nisbah mampatan 13.1:1, sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik, DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan bagi perjalanan jauh dan penjelajahan off-road.

Dilengkapi dengan fork teleskopik terbalik, penyerap hentak belakang monoshock dan lengan ayun (swingarm) aluminium yang unik, motosikal ini memastikan kualiti kestabilan dan kawalan optimum di pelbagai permukaan jalan. Sistem brek cakera berkembar dari jenama terunggul Brembo dengan dwi saluran ABS, berdiameter 305mm di bahagian hadapan dan brek cakera tunggal 265mm di bahagianbelakang memastikan kuasa pemberhentian motosikal yang efisien walaupun dalam keadaan mengejut.

Model Voge DS900X menggunakan tayar hadapan 90/90-21 inci jenis spoke tubeless (rim spoke tanpa tiub) dan tayar belakang 150/70-17 inci juga menggunakan jenis rim spoke tanpa tiub, memberikan cengkaman luar biasa bagi laluan mencabar.

Selain prestasi dinamiknya, Voge DS900X juga dilengkapi dengan pelbagai ciri premium untuk perjalanan jarak jauh yang lebih selesa dan selamat. Jentera ini menawarkan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan Enduro yang membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan seterusnya meningkatkan prestasi tunggangan.

Voge DS900X turut dilengkapi dengan sistem quickshifter yang membolehkan penukaran gear lebih pantas dan lancar tanpa perlu menarik klac, menjadikan pengalaman menunggang lebih responsif dan dinamik. Dengan teknologi ini, penunggang dapat menikmati pecutan yang lebih lancar serta kawalan yang lebih baik, terutamanya ketika memecut di lebuh raya atau menunggang di laluan mencabar.

Selain itu, terdapat juga sistem kunci pintar yang membolehkan motosikal dihidupkan tanpa menggunakan kunci fizikal, manakala paparan TFT berwarna dengan tujuh inci memberikan maklumat penting dengan jelas. Lebih menarik, keselamatan ditingkatkan dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kawalan jelajah automatik (auto cruise) serta dashcam hadapan untuk rakaman dan keselamatan sepanjang perjalanan.

Voge DS900X dilengkapi dengan lampu utama LED, lampu belakang LED yang terang, lampu spotlight, butang hazard dan sistem radar untuk meningkatkan keterlihatan dan keselamatan di jalan raya. Sistem pengecasan USB dwi-port dengan Type-A dan Type-C serta soket output berkuasa 12V10A membolehkan penunggang mengecas peranti mereka sepanjang perjalanan.

Motosikal ini turut dilengkapi handguard dan crash bar bagi perlindungan yang optimum, manakala pemanas grip tiga tahap dan pemanas tempat duduk berfungsi untuk memberikan keselesaan tambahan dalam keadaan cuaca sejuk. Bagi menyokong perjalanan jarak jauh, Voge DS900X hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 17 liter, ekzos keluli tahan karat serta tempat penyimpanan barang yang luas termasuk satu kotak atas berkapasiti 45 liter dan dua kotak sisi berkapasiti 35 liter setiap satu.

Penghadang angin boleh laras pula memastikan perjalanan yang lebih lancar pada kelajuan tinggi, menjadikan motosikal ini pilihan terbaik untuk peminat adventure touring. Motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem Side Stand Safety Switch yang memastikan motosikal hanya boleh bergerak apabila tongkat sisi diangkat sepenuhnya. Dengan berat 222kg, ketinggian tempat duduk 835mm dan jarak dari tanah 190mm, VOGE DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara ketahanan dan keselesaan.

Motosikal ini bersedia untuk membawa pengalaman tunggangan ke tahap yang lebih tinggi. Bagi mereka yang mahukan sebuah jentera pengembaraan yang mampu milik, penulis menasihatkan anda lihat tawaran yang diberikan oleh MForce Sdn Bhd. Model ini dilihat persis jentera BMW versi GS manakala harga yang ditawarkan juga agak menarik kerana ia didatangkan pada tag harga asas RM49,998 seunit (tanpa cukai dan yuran pendaftaran).

Bagi setiap pembelian Voge DS900X, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh VOGE Malaysia.

Voge DS900X
Spesifikasi
Enjin : Dwi Silinder, 4-lejang, 8 Injap, Penyejukan Cecair
Kuasa (cc) : 895cc
Bore X stroke (mm) : 86 x 77
Nisbah Mampatan : 13.1:1
Kuasa Maksimum : 70kW @ 8,250rpm
Tork maksimum : 95Nm @ 6,000rpm
Jenis Gear Shifling Type : 6 gear antarabangsa
Sistem Penghidup : Elektrik
Sistem Pencucuhan : T.C.I
Sistem Pelinciran : Pressure Splash Lubrication
Jenis Transmidi – Final Drive : 6-kelajuan secara manual
Jenis Klac : Klac Slipper
Throttle : Electronic Throttle By Wire
Sistem Bahan Api : Electric Fuel Injection
Panjang x Lebar x Tinggi (mm) : 2,325 x 940 x 1,420
Ketinggian Tempat Duduk (mm) : 835
Jarak Roda (mm) : 1,580
Kelegaan Bumi (mm) : 190
Berat (kg) : 222
Kapasiti Tangki Minyak (L) : 17
Brek Depan / Belakang :
Depan: Ǿ305 Brek Cakera Berkembar + ABS + Kaliper Brembo
Belakang: Ǿ265 Brek Cakera + ABS
Tayar Depan / Belakang :
Depan: 90/90/-21 Rim Spoke, Tanpa Tiub
Belakang: 150/70-17 Rim Spoke, Tanpa Tiub
Quickshifter : Ada
Bar Pemegang : Aloi Aluminium
Damper : Ada
TCS: Ada
Bateri : 12v
Pilihan Warna :
Aviator Blue, Lime Green & Matt Black

Previous Post

Iktiraf Pelumba Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix

Next Post

Jelajah Persahabatan & Kecintaan Terhadap Keindahan Alam

Next Post

Jelajah Persahabatan & Kecintaan Terhadap Keindahan Alam

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved