Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Pengembaraan Premium Kini Berada Di Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-09
in BULETIN, UTAMA
0

Peminat jentera dalam segmen pengembaraan pasti tidak ketinggalan untuk menyaksikan model terbaharu Husqvarna yang tampil agak ranggi dan penuh maskulin dengan beberapa ciri-ciri pengembaraan yang premium. Jentera adventure sulung syarikat pengeluar motosikal Sweden, Husqvarna iaitu Husqvarna Norden 901 (2022) yang sepatutnya dilancarkan lebih awal pada tahun 2019 hanya dapat dipertontonkan secara rasmi pada November lepas.

Husqvarna Norden 901 yang pernah mengegar pameran motosikal Milan (EICMA) pada 2019 lepas, bakal memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada tanda harga asas ‘menarik’, RM 98,800. Sebagai salah satu syarikat yang bernaung di bawah syarikat induk KTM AG, Husqvarna Norden 901 dihasilkan menggunakan platform jentera KTM 890 Adventure.

Model ini menggunakan trenkuasa yang sama iaitu 889 cc, 2 Silinder Parallel Twin, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan kotak gear 6 kelajuan klac manual. Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 103 Hp dan tork 100 Nm.

Sekalipun ‘sama’, Husqvarna Norden 901 tampak berbeza dan mungkin sedikit ‘mahal’ kerana ia mendapat rekaan menggunakan kepakaran Sweden dengan reka bentuk yang lebih ranggi, sporty dan sedikit mewah. Sebagai model aras tinggi, Husqvarna Norden 901 menggunakan kerangka jenis trellis chrome-molybdenum yang agak ringan. Jentera ini memiliki mod tunggangan (3) iaitu Street, Rain, Off-road selain mod Explorer yang datang sebagai pilihan untuk pengguna.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan sistem ‘Quickshifter’, ‘Slipper clutch’ dan ‘Traction control’ sebagai jentera ‘off-road’ sejati dengan beberapa ‘jajan’ lain seperti pemanas pelana dan grip terotel boleh didapati sebagai pilihan. Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork depan WP APEX jenis terbalik (USD) 43 mm dan penyerap hentak tunggal WP APEX 43 (belakang) boleh laras.

Sistem brek menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan kaliper 4 piston untuk roda depan dan brek cakera tunggal 260 mm kaliper 2 piston (belakang). Husqvarna Norden 901 turut dipadankan dengan sistem pemberhentian Brek Anti-Kunci (ABS), Cornering ABS (Street atau Off-Road), sistem lampu jenis LED, kapasiti bahan api sehingga 19 liter dan berat sekitar 204 kilogram sahaja.

Seperti yang disebutkan di atas, Husqvarna Norden ditawarkan pada harga asas RM 98,800, Husqvarna Norden 901 (2022) berbanding ‘saudara jauhnya’ KTM 890 Adventure (2022) di Malaysia yang dijual pada harga RM 96,800 (asas). Dan menariknya, pelancarannya di pasaran tempatan dibuat serentak.

Kepada yang berminat, Husqvarna Norden 901 akan mula tiba di rangkaian pengedar sah jenama itu bermula pada Ogos ini.

Previous Post

Berjuang Sehingga Saat Akhir, Mara Ke Hadapan Sebaik Dapat Peluang

Next Post

Mengunjungi Dan Menghargai Tempat-Tempat Bersejarah Di Lenggong!

Next Post

Mengunjungi Dan Menghargai Tempat-Tempat Bersejarah Di Lenggong!

CAPAIAN

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved