Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Pengembaraan Dengan Enjin Supercharged

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bagi pencinta motosikal, aktiviti konvoi jarak jauh adalah hari yang paling seronok. Selain melayan selekoh, menjamu permandangan yang cantik juga adalah satu misi utama mereka. Untuk perjalanan yang jauh sama ada di dalam Malaysia ataupun melepasi sempadan, faktor utama yang perlu diambil kira adalah keselesaan. Pilihan motosikal yang sesuai dengan keadaan jalanraya dan jarak perjalanan adalah sangat penting bagi menggekalkan keselesaan penunggang motosikal. Kawasaki Ninja H2 SX SE adalah jentera yang paling sesuai bukan sahaja untuk perjalanan jauh malah untuk
tunggangan harian.

Ketika mula-mula model Ninja H2 SX SE diperkenalkan di pasaran tempatan, ramai tertanya tanya tentang keistimewaannya. Terutamanya model ini dilengkapi dengan enjin ‘Supercharged’ yang sangat berbeza dengan jenama lain. Spesifikasi enjin yang luar biasa adalah daya tarikan untuk kesesuaian menunggang di bandar ataupun perjalanan jarak jauh. Walaupun enjin ini telah dilengkapi dengan ‘Supercharged’ namun kuasa yang dikeluarkan adalah sangat optimum untuk mengekalkan keseimbangan yang sempurna.

Penyelarasan enjin yang unik adalah sangat sesuai untuk perjalanan jauh yang santai dan selesa. Jentera hebat dari Jepun ini juga mudah dikendalikan untuk melepasi setiap selekoh pada kelajuan tinggi. Selain itu, terdapat beberapa penambahbaikan ke atas enjin ‘Supercharged’ ini untuk mengawal kecekapan bahan bakar yang sempurna. Sistem ‘Supercharged’ akan dibantu dengan pengaliran udara melalui ‘Ram Air’ yang direka khas untuk membekalkan udara bagi menyokong sistem ‘Supercharged’ dengan sempurna dan berfungsi pada tahap terbaik.

Prestasi jentera ini juga cukup mengagumkan, kuasa maksimum yang dikeluarkan adalah 154.1 Kw, 210PS dan Tork maksimum 137.3 N.m. Walaupun model ini dalam kategori ‘Sport Tourer’ namun kuasa dan tork yang dikeluarkan mampu menandingi jenama lain di pasaran. Fungsi ‘Electronic Throttle Valve’ membolehkan ECU mengawal bahan api dan udara dengan lebih cekap untuk tunggangan yang lebih selesa.

Bagi si tinggi lampai, Ninja H2 SX SE ini akan dirasai sedikit rendah berbanding model-model ‘Sport Tourer’ yang lain. Rekabentuk yang agresif dan aerodinamik menawarkan keseimbangan dan keselesaan bagi perjalanan jarak jauh. Jentera ini juga dilengkapi dengan
‘Windshield’ yang besar berfungsi untuk melindungi penunggang dari tamparan angin dari hadapan.

Bagi sistem suspensi pula, kedua-dua suspensi depan dan belakang adalah jenis boleh laras mengikut kesesuaian dan gaya tunggangan. Fork terbalik hadapan bersaiz 43mm dan penyerap hentak jenis Uni-Trak di belakang yang sangat responsif menawarkan kestabilan yang tinggi ketika melayan selekoh dan laluan –laluan mendaki yang sukar
digambarkan.

Bila ditanya pendapat setiap penggemar jentera dua roda tentang sistem brek yang paling bagus, jawapannya adalah Sistem Brek Anti Kunci (ABS). Ninja H2 SX SE telah dilengkapi dengan Sistem ABS, cakera brek hadapan bersaiz 320mm, 4 piston dan brek belakang bersaiz 250mm, 2 piston yang menawarkan prestasi brek yang mengagumkan dan cukup
menyakinkan. Daya tarikan lain adalah roda aluminium yang direka khas untuk model ini dengan
pemilihan rekaan 5 corak berbentuk bintang. Manakala injap udara tayar hadapan dan belakang yang direka berada di sisi bagi memastikan penyelenggaraan lebih mudah.

Bukan sahaja imej luaran yang memikat hati, terdapat juga ciri ciri lain yang mempunyai keistimewaan untuk penunggang seperti skrin LCD TFT yang memaparkan maklumat secara grafik. Paparan instrumentasi canggih ini memaparkan informasi termasuk posisi gear, tahap rpm, tahap kelajuan, mod tunggangan dan jarak perjalanan. Dua pilihan mod paparan (Touring dan Sport) membolehkan penunggang
mengetahui maklumat yang mereka perlukan.

Ninja H2 SX SE adalah model
Kawasaki pertama dalam kategori ‘Sport Tourer’ dilengkapi dengan sistem ‘Electronic Cruise Control (ECC)’. Sistem kawalan kelajuan secara automatik ini membolehkan kelajuan yang diinginkan dapat dikekalkan dengan hanya menekan butang tetapan. Setelah sistem ini diaktifkan, penunggang tidak perlu lagi memulas pendikit secara manual dan dapat mengurangkan tekanan pada tangan kanan penunggang.

Dari segi ciri ciri keselamatan pula, jentera ini dilengkapi dengan sistem Kawasaki Cornering Management Function (KCMF). Sistem terbaharu ini adalah perisian moden yang sangat canggih untuk mengawal kuasa enjin dan brek. Bukan itu sahaja, Kawasaki Traction Control (KTC) juga adalah sistem utama bagi jentera canggih ini. Sistem KTC mempunyai
3 mod yang meliputi pelbagai gaya tunggangan agresif dan keadaan jalan licin.

Selain itu, Kawasaki Launch Control Mode (KLCM) adalah sistem tunggal yang membantu penunggang untuk mengawal jentera ini pada tahap yang optimum ketika memecut pada kelajuan tinggi. Ninja H2 SX SE dikawal secara elektronik pada bahagian pengeluaran kuasa enjin bagi menggelakkan roda belakang tergelincir ketika jentera ini dalam keadaan memecut.

Bagi memberikan pecutan yang lancar, jentera ini telah dilengkapi dengan Kawasaki Quick Shifter (KQS) bagi penukaran gear yang sangat cekap untuk tunggangan harian dan perjalanan jauh. Sistem brek juga telah diperbaharui dengan Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS) yang meliputi sistem brek berketepatan tinggi bagi pengendalian yang meyakinkan. KIBS juga menggabungkan kawalan brek ketika mengambil selekoh selain mengoptimumkan daya brek untuk tunggangan yang agresif.

Terdapat banyak perbezaan antara Ninja H2 SX SE dengan model ‘Sport Tourer’ yang lain di pasaran
Malaysia. Setiap detik pengembaraan bersama jentera ini akan membuatkan penunggang jatuh cinta dengan keselesaan dan pecutannya yang sangat lancar. Jom realisasikan idaman anda untuk memiliki Ninja H2 SX SE sementara masih boleh didapati dalam pasaran Malaysia. Layari www.kawasaki.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Previous Post

Lumba Pantai Oleh Kelompok Marhaen

Next Post

Membantu Meningkatkan Daya Tujahan Dan Kelajuan Optimum

Next Post

Membantu Meningkatkan Daya Tujahan Dan Kelajuan Optimum

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved