Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Pengembaraan Dengan Ciri-Ciri Premium

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-19
in BULETIN, UTAMA
0

Suzuki Malaysia melancarkan sebuah jentera touring dengan penampilan casis jenis superbike. Malah model Suzuki GSX-S1000GT dengan keselesaan, fungsi, penggayaan mewah dan ciri kelengkapan sebuah jentera Grand Tourer (GT) yang sebenar. Jentera dalam segmen sport-touring paling premium ini, turut menawarkan keseimbangan antara prestasi, kelincahan, kestabilan pada kelajuan tinggi, keselesaan dan kawalan yang dicari-cari oleh para penunggang di Malaysia

Model ini turut dilengkapi dengan skrin paparan TFT baharu bersaiz 6.5 inci berwarna penuh yang menampilkan aplikasi Suzuki mySPIN, serta pemilihan aplikasi pihak ketiga yang menawarkan ketersambungan kepada peranti pintar. Sebagai sebuah motosikal touring, GSX-S1000GT membawakan keseimbangan terbaik di antara prestasi, kelincahan, kestabilan kelajuan tinggi, keselesaan, kawalan, ketersambungan, serta pakej penggayaan yang mampu menawarkan pengalaman jentera sport-touring premium yang berbaloi dengan penamaan GT itu sendiri.

“Rakyat Malaysia diketahui suka melakukan perjalanan jarak jauh, dan permintaan pasaran terhadap sebuah jentera touring yang mampu menawarkan keseronokan perjalanan jauh ditemani pembonceng, diikuti dengan kemudahan ketersambungan moden dan keupayaan untuk membawa barangan adalah amat dialu-alukan,” ujar Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), Dato’ Jeffrey Lim.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan SMSB, Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya turut menambah, penawaran teknologi ketersambungan terkini adalah satu kemestian dan GSX-S1000GT baharu ini menawarkan lebih daripada apa yang mereka jangkakan untuk sebuah motosikal jelajah besar dari negara Jepun.

“Ia merupakan sebuah GT yang mampu memenuhi segala keperluan jelajah mereka, dan penampilan yang baik merupakan satu bonus. Dengan menggandingkan teknologi casis dan enjin yang terbukti, serta dengan teknologi ketersambungan terkini, Suzuki GSX-S1000GT baharu ini mampu memeriahkan pasaran,” tambahnya lagi.

Berikut adalah spesifikasi dan informasi yang harus anda ketahui mengenai Suzuki GSX-S1000GT;

Ciri Utama Teknikal:
• Enjin empat silinder sebaris sejukan cecair empat lejang bersesaran 999 cc DOHC terbukti yang menampilkan lengkung tork yang luas dan lancar, serta pengedaran kuasa yang mampu mengurangkan keletihan semasa menjelajah atas kelajuan lebuh raya.
• Sistem ekzos 4-2-1 kompak yang direka sepenuhnya menampilkan susun atur yang menempatkan sistem Suzuki Exhaust Tuning (SET), peredam, penukar bermangkin dan rekaan kebuk baharu yang mampu memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 5. Ia telah ditala untuk menghasilkan resonans yang berkuasa, dan dalam masa yang sama menawarkan bunyi ekzos yang menyenangkan.
• Badan pendikit elektronik baharu yang membantu mencapai keseimbangan terbaik antara kawalan kelajuan melahu dan karakteristik output kuasa, dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pematuhan Euro 5.
• Komponen aci sesondol baharu dengan profil sesondol kemasukan dan ekzos baharu bagi mengurangkan emisi, dan mencapai keseimbangan keseluruhan antara prestasi dan kebolehkawalan yang lebih baik.
• Kotak penapis udara baharu yang mengurangkan kadar rintangan kemasukan dan mengekalkan resonans kemasukan yang impresif dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti notanya untuk menambah keseronokan pengalaman tunggangan.
• Suzuki Clutch Assist System (SCAS) menawarkan operasi tuil klac yang lebih ringan untuk mengurangkan kepenatan sewaktu perjalanan jauh terutama Ketika terperangkap di dalam trafik sibuk. Sistem ini juga turut menampilkan operasi nyahpecutan yang lebih lancar, serta kawalan lebih baik semasa menurunkan posisi gear.

Sistem SUZUKI INTELLIGENT RIDE SYSTEM (S.I.R.S) yang dikemaskini menawarkan pengalaman jelajah penuh:
• Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) menawarkan tiga karakteristik output yang berbeza untuk menyokong penunggang di dalam keadaan yang berbeza.
• Suzuki Traction Control System (STCS) menawarkan lima pemilihan mod (+ OFF) untuk disesuaikan dengan keadaan tunggangan yang lebih meluas. GSX-S1000GT menawarkan keyakinan dan mengurangkan keletihan sewaktu menunggang bersendirian atau membawa pembonceng, membawa bermacam kelengkapan, atau menunggang di dalam cuaca yang kurang baik.
• Sistem kawalan pendikit elektronik ride-by-wire baharu mengawal hubungan antara Tindakan pendikit dan karakteristik output enjin untuk dipadankan dengan setiap mod SDMS.

Dengan rekaan yang lebih ringkas, ringan dan lebih kompak berbanding sistem mekanikal terdahulu, ia mampu meningkatkan kebolehkawalan di dalam masa yang sama menawarkan respons yang lebih asli dan kawalan linear.
• Bi-directional Quick Shift System (dengan tetapan ON/OFF) memberikan penukaran gear yang lebih pantas, lancar tanpa perlu menggunakan tuil klac. Fungsi automatik blipping sewaktu penukaran gear lebih rendah mencipta pengalaman tunggangan yang lebih memuaskan hati.
• Kawalan jelajah membenarkan penunggang untuk mengekalkan kelajuan tertentu tanpa perlu memulas pendikit, sekali gus mengurangkan kepenatan ketika tunggangan jarak jauh.
• Fungsi Low RPM Assist Suzuki telah dikemaskini untuk berfungsi bersama SCAS dan menjadikan pecutan awal dari pegun lebih mudah dan lancar.

Terbukti menawarkan asas jentera GT yang kukuh:
• Kerangka aluminium jenis twin-spar dibina untuk menawarkan pengendalian yang lincah, serta keupayaan untuk membuat perjalanan jauh.
• Rel tempat duduk baharu yang menampilkan titik lampiran sarung sisi yang selamat, serta rekaan yang membolehkan pelana yang lebih tebal dan selesa.
• Tempat pemegang yang lebar, serta posisi bar hendal terapung yang dioptimasikan untuk mengurangkan kepenatan semasa mengembara atau menikmati tunggangan sporti.
• Fork hadapan KYB jenis terbalik ø43mm boleh laras sepenuhnya dan suspensi belakang link-type boleh laras menyumbang kepada kelincahan dan kestabilan.
• Tayar Dunlop SPORTMAX Roadsport 2 baharu yang direka khas untuk tahap ketegaran yang tepat untuk apa jua keadaan cuaca di Malaysia.
• Kapasiti tangki bahan api sebesar 19 liter yang lebih besar digandingkan dengan tahap kecekapan enjin yang cemerlang menyumbang kepada sebuah GT dengan jarak tunggangan yang lebih jauh.
• Angkup brek depan Brembo empat omboh mono-block yang digandingkan dengan rotor berkembar terapung ø310mm menawarkan prestasi brek yang kuat, boleh dipercayai.
• Penambahbaikan untuk mengurangkan kesan gegaran yang dialami oleh penunggang dan pembonceng, termasuklah rekaan bar hendal terapung baharu, tempat pemijak kaki ditutupi getah, menyumbang kepada pengalaman tunggangan yang lebih santai dan tidak memenatkan.

Jentera dengan teknologi ketersambungan yang terkini:
• Skrin paparan berbilang fungsi bersaiz 6.5 inci TFT berwarna penuh dengan p ermukaan kalis calar, salutan anti-pantulan dan sokongan untuk memaparkan kandungan aplikasi peranti pintar.
• Ketersambungan peranti pintar serta aplikasi percuma SUZUKI mySPIN yang menawarkan akses mudah kepada fungsi kenalan, peta, muzik, telefon dan kalendar.
• Pemilihan aplikasi pihak ketiga menambah pelbagai kandungan lanjut seperti navigasi,
jangkaan laluan dan masa menuju ke destinasi, informasi cuaca dan banyak lagi.

• Slot USB untuk pengecasan peranti pintar yang dibina di bahagian kiri skrin TFT. Penggayaan “GT Tour de Force” yang mampu menarik anda memasuki dunia motosikal grand touring yang moden
• Rekaan radikal yang menampilkan garisan berukir yang tajam untuk mencipta rupa paras hadapan yang aerodinamik, serta penampilan moden yang diinspirasikan daripada jet pejuang.

Hasilnya, sebuah rekaan futuristik dengan wajah menarik yang menunjukkan prestasi dan keselesaan tunggangan berkelajuan tinggi sewaktu mengembara.

• Unit lampu LED yang disusun secara mendatar digandingkan dengan lampu posisi LED untuk mencipta rupa yang berani diinspirasikan daripada jet pejuang.
• Kunci pemula yang direka kustom menampilkan logo GT dalam warna emas menambahkan sentuhan kemewahan.

Suzuki GSX-S1000GT baharu didatangkan dalam dua warna iaitu Metallic Triton Blue (YSF) dan Metallic Reflective Blue (QT8). Setiap pembelian turut disertakan dengan sepasang kotak storan sisi dengan ciri kunci buka-cepat (quick-release) untuk memudahkan pemasangan dan pembukaan. Rekaan kotak storan sisi ini diintegrasikan dengan penampilan GT yang tajam, futuristik dan mampu memuatkan helmet bersaiz penuh di dalamnya.

Para pemilik GSX-S1000GT kini boleh mengembara dengan lebih yakin apabila mengetahui Suzuki Malaysia menawarkan jaminan standard selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu), disokong oleh rangkaian jualan dan servis di 70 buah pengedar di seluruh negara.

Dijual pada harga bermula dari RM85,700 (tidak termasuk cukai jalan, penaftaran dan insurans) Suzuki GSX-S1000GT baharu ini akan menjadi bualan ramai dan mampu menjadi lagenda di dalam cerita motosikal rakyat Malaysia.

Bagi anda yang mahu menatap lebih dekat, jentera ini boleh didapati di pusat pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Setiap model Suzuki didatangkan dengan standard dengan jaminan kilang penuh selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.suzuki.com.my atau emel kepada info@suzuki.com.my.

Previous Post

Presiden Rose Riders, Santuni Sahabat-Sahabat Utara, Selatan, Timur Dan Barat!

Next Post

Enzo, Motosikal Moto Guzzi 1000 SP Yang Pernah Gagal Kini Tampil Segaks

Next Post

Enzo, Motosikal Moto Guzzi 1000 SP Yang Pernah Gagal Kini Tampil Segaks

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved