Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Offroad Pada Tag Harga RM6,998!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-06
in BULETIN, UTAMA
0

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan produk terbaru mereka iaitu PG-1 ketika majlis perhimpunan pemilik motosikal Yamaha atau Karnival GenBlu yang berlangsung di Bandar Madini, Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.

Yamaha PG-1 merupakan sebuah model kapcai-cross moden pertama diperkenalkan oleh HLYM ke pasaran tempatan dilihat sebuah jentera kecil dari segi kuasa namun dilihat segak dan “rugged” jika kena dengan penampilan penunggang.

Untuk info, Yamaha PG-1 menggunakan enjin 113,7cc, Single Cylinder, SOHC, 2 Valve, Air Cooled yang menghasilkan 9hp @ 7,000rpm dan tork maksimum 9.5Nm @ 5,500rpm. Transmisi kekal menggunakan 4 kelajuan dan hadir bersama penghidup elektrik. Sayang sekali, penghidup tendang telah ditendang keluar dari motosikal ini.

Jika dilihat pada rekaannya, agak jelas bahawa konsep motosikal ini adalah gabungan gaya neo-retro yang boleh digunakan bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah turut boleh dilenjan bagi aktiviti penunggangan di lapangan offroad.

Selain itu, PG-1 menggunakan tayar bersaiz 16″ bertiub di depan dan belakang, dipadankan pula dengan brek cakera di hadapan dan drum di belakang. Tangki minyak sebesar 5.1L dan motosikal ini pula seberat 107kg sahaja.

Model yang dilancarkan bersempena dengan Karnival GenBlu yang berlangsung di Johor Bahru itu ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Casual Beige dan Forest Green. Dengan harga sekitar RM6,998, PG-1 ini akan bersaing secara langsung dengan model Aveta Ranger Max Explorer 130 (RM6,988). Cuma perbezaan antara dua jenama itu adalah dari segi kuasanya. Ranger Max 130 dilihat lebih berkuasa dan merupakan jentera yang telah mendominasi serta lebih memenuhi pilihan pengguna.

Sementara, PG-1 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 114 cc dengan suntikan bahan api dan sejukan udara, yang digandingkan bersama dengan transmisi empat kelajuan. Rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan 9.0 PS pada 7,000 rpm dan 9.5 Nm daya kilas pada 5,500 rpm. Moped ini dilengkapi dengan rim 16 inci dan tayar bertiub bersaiz 90/100 di bahagian hadapan dan belakang.

Manakala sistem pemberhentian menggunakan cakera di bahagian hadapan dan dram di belakang tetapi tidak dilengkapi dengan fungsi ABS. Yamaha PG-1 ini turut dilengkapi pelbagai ciri menarik termasuk tempat duduk jenis terpisah, sepit udang (fork) teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, meter analog dengan penunjuk kedudukan gear, tongkat tengah, penghidup enjin elektrik, serta tangki bahan api berkapasiti 5.1 liter.

Dengan reka bentuk yang ringkas dan ranggi, PG-1 memberikan peluang kepada pemilik untuk melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Bagaimanapun, seperti yang dipertontonkan kepada pengunjung Karnival Gen Blu baru-baru ini, HLYM turut menawarkan beberapa pakej aksesori dengan harga bermula dari RM1,200, memberikan lebih banyak pilihan untuk menjadikan motosikal ini unik dan peribadi.

Spesifikasi
ENJIN
Jenis Enjin Sejukan Udara, 4-Lejang, SOHC, 2 Injap
Susunan Silinder Silinder Tunggal
Sesaran 114cc
Lubang x Lejang 50.0 x 57.9mm
Nisbah Mampatan 9.3:1
Sistem Nyalaan TCI (Transistor Controlled Ignition)
Sistem Penghidup Elektrik
Kapasiti Tangki
Bahan Api 5.1L
Sistem Bekalan
Bahan Bakar Suntikan Bahan Api
Jenis Transmisi Transmisi Manual dengan 4-kelajuan
Kuasa Maksimum 6.6kW (9.0PS)/7000r/min
Tork Maksimum 9.5Nm (1.0kgf.m)/5500r/min

KERANGKA
Jenis Kerangka Backbone
Suspensi Depan Teleskopik
Suspensi Belakang Lengan Buai
Tayar Depan 90/100-16 Jenis Tiub
Tayar Belakang 90/100-16 Jenis Tiub
Brek Depan Cakera Tunggal Hidraulik
Brek Belakang Drum (Mechanical Leading Trailing)

DIMENSI
Panjang x Lebar x Tinggi 1980mm x 805mm x 1050mm
Ketinggian Tempat Duduk 795mm
Jarak Roda 1280mm
Jarak Minimum Dari Tanah 190mm
Berat Basah 107kg

Previous Post

Dimeriahkan Kontinjen Kenderaan Jentera Bermotor Lebih Daripada 20 Organisasi

Next Post

Perkukuhkan Ukhuwah, Semai Semangat Berkonvoi

Next Post

Perkukuhkan Ukhuwah, Semai Semangat Berkonvoi

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved