Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Manakah Yang Memikat?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-22
in BULETIN, UTAMA
0

 

PENGEDAR motosikal jenama SYM, WMoto, Benelli – MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce Bike) meluaskan lagi pasaran motosikal tempatan dengan penambahan dua skuter terbaharu iaitu SYM Jet X 150 dan WMoto Xtrem 150i.

Pada majlis pratonton khas kepada wakil media pemotoran bersempena Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di ibu kota, kedua-dua skuter dalam segmen kecil berseseran 150cc itu akan berada pada harga di bawah RM10K. Berikut merupakan antara spesifikasi yang membezakan antara model SYM Jet X 150 dan WMoto Xtrem 150i;

SYM Jet X
Aura Baharu Kuasa 150cc
Jentera ini dijanakan dengan trenkuasa patuh Euro4 jenis 4 lejang 2-injap silinder tunggal berseseran 149.6cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuaa 12.3hp @ 8,000rpm dan tork 12 Nm @ 6,000rpm serta padanan transmisi jenis CVT.

Jet X memiliki dimensi sepanjang 2,000mm, lebar 760mm dan ketinggian 1,115mm manakala bagi kelegaan bumi pula 107mm. Model ini memiliki tinggi pelana 780mm dan berat 140kg bagi memudahkan mereka bersaiz sederhana dan memiliki berat yang sederhana.

Menarik mengenai model terbaharu SYM ini, ia menggunakan teknologi LED pada utama, lampu isyarat (membelok), lampu belakang dan lampu siang (DRL). Paparan huruf Y di bahagian lampu depan dan belakang menonjolkan seni dan corak pada kedua lampu terbabit.

Skuter bersegmen kecil ini menggunakan system penghidup tanpa kunci (keyless) seperti mana jentera moden masa kini manakala kapasiti tangka minyak berukuran 7.5liter dan ruang simpanan di bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter.

Terdapat beberapa bahagian yang menarik perhatian penulis antaranya panel meter jenis LCD digital berwarna. Ia memaparkan spidometer, takometer, trip perjalanan, jam, bar petrol dan ia mudah jelas membantu menyalurkan maklumat untuk si penunggang sekali pun di waktu malam.

Sama seperti segmen skuter lain, port mengecas disediakan pada jentera ini , port USB dab soket kuas cas pantas (Quick Charge) 2.0 bagi kemudahan alatan elektronik lain.

Sistem pemberhentian Jet X menggunakan system brek kombi (CBS) dengan brek cakera bersaiz 260mm di depan dan brek cakera 220 di belakang. Sistem CBS ditawarkan terlebih dahulu sebelum varian SIstem Brek Anti-Kunci (ABS) diperkenalkan pada model selepas ini.

WMoto Xtreme 150i
Kembar Tidak Seiras

Tidak dinafikan rekabentuk model WMoto Xtreme 150i mengingatkan penulis terhadap model dari jentera pesaingnya dari Jepun. Walaupun memiliki kuasa yang sama 150cc, namun sudah pasti terdapat beberapa kelainan bagi membezakan Xtreme 150i dengan model tersedia ada.

Xtreme 150i dijanakan trenkuasa patuh Euro4 jenis 4 lejang 2-injap silinder tunggal 149.3 cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm. Jentera ini memiliki dimensi yang agak panjang sekitar 1,925mm, lebar 760mm dan tinggi 1,290mm serta jarak roda 1,320mm. Manakala ketinggian tempat duduk diantara 765mm dan jarak kelegaan bumi adalah sebanyak 180mm.

Dengan rupa bentuk yang agak garang, Xtreme 150i memiliki berat sebanyak 143kg dan menawarkan kapasiti minyak 11 liter dengan keupayaan jarak perjalanan yang direkodkan melebihi 400km dengan syarat ditunggang pada had laju 80kmj sahaja.

Model ini dilengkapi dengan sistem mula-henti (start-stop) secara tidak langsung mampu menjimatkan bahan api dan melindungi bumi dari karbon yang tersisa seandai berlaku pemberhentian di lampu isyarat atau kesesakan di waktu puncak.


Hanya yang diperlukan adalah dengan menekan suis merah dibahagian bar hendal, anda boleh memilih untuk menggunakan (on) atau mematikan (off) sistem ini.
Menarik mengenai model ‘kembar tidak seiras’ ini, Xtream 150i menggunakan paparan panel meter jenis LCD digital sepenuhnya dnegan latar belakang warna biru dan digit berwarna putih yang memaparkan spidometer, odometer, takometer, trip perjalanan, bar petrol termasuk juga paparan speerti signal membelok, lampu tinggi dan lain-lain lagi.

Skuter ini menggunakan sistem brek cakera tunggal dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Ia dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci dan menggunakan tayar 100/80 di depan dan 120/70 di belakang.
Seperti skuter lain, ruang simpanan di bawah tempat duduk bersaiz 13liter dan ia menyediakan dua port pengecas USB dan soket 12V.

Beberapa ciri-ciri menarik lain antaranya suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock
di belakang. Visor angin bagi melindungi tamparan angin kepada si penunggang boleh dilaras mengikut ketinggian dan kesesuaian penunggang dengan menggunakan hanya dua jari sahaja.

WMoto Xtreme 150i bagi model 2021 yang dipertontonkan kepada media baru-baru ini mungkin akan ditambah baik sebelum pelancaran rasmi berlangsung kelak.

Previous Post

Konvoi Ukhwah Cameron Highlands

Next Post

Yamaha Ego Avantiz Tampil Warna Lebih Seksi & Kemas

Next Post

Yamaha Ego Avantiz Tampil Warna Lebih Seksi & Kemas

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved