Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jelajah Ramadan Bersama Jerlun Bikers 05

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Ramadan hanya setahun sekali dan ia menguji keimanan serta kesabaran umat islam di mana juga. Walaupun dalam bulan puasa yang mulia ini, bikers tidak pernah rehat. Ada sahaja program yang dianjurkan oleh kelab permotoran seluruh Malaysia. Begitu juga dengan kelab permotoran Jerlun Bikers 05 yang diketuai Presidennya, En Mohd Syafar bersama rakan-rakan biker lain. Pada tahun 2017, mereka pernah menganjurkan program memilih anak-anak asnaf dan anak yatim dari kawasan Jerlun.

Bagi tahun 2019 dan buat kali kedua, Jerlun Bikers 05 menganjurkan ride amal dengan memilih 30orang anak-anak asnaf dan anak yatim melibatkan 16 kanak-kanak perempuan dan 14 kanak-kanak lelaki. Anak-anak yang dipilih telah berkumpul di depan pejabat daerah Air Itam.

19 Mei 2019
Jerlun Bikers 05 telah memilih sebanyak 50 buah rumah asnaf dalam kawasan daerah Jerlun untuk menerima bantuan. Ini merupakan tahun ketiga Jerlun Bikers 05 memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dipilih mereka terlebih dahulu sebelum program berlangsung.

25 Mei 2019
Pusat beli belah Jakel Alor Setar telah dipilih untuk program membeli pakaian hari raya untuk anak-anak asnaf dan anak-anak yatim dari daerah Jerlun. Sekitar jam 2.30 petang, kesemua anak-anak tersebut dibawa masuk menaiki bas untuk ke pusat beli-belah Jakel Alor Setar. Seterusnya, mereka dibawa mengikut dua kumpulan; anak-anak perempuan ditemani isteri-isteri Jerlun Bikers dan anak-anak lelaki ditemani biker lelaki untuk memilih persiapan hari raya seperti songkok, samping dan baju Melayu. Lebih kurang 2 jam anak anak ini dilayan kakitangan Jakel yang memilih keperluan mereka. Sebelum pulang, anak-anak ini menerima sumbangan duit raya dari En Daud dan isteri, Puan Rusni yang juga merupakan ahli Jerlun Bikers 05.

Lebih kurang jam 5.30 petang, anak-anak ini bersama konvoi dari Jerlun Bikers 05 yang diiringi 2 anggota trafik Kubang Pasu, Kedah, bergerak pulang ke Masjid Al-Najah di Jerlun untuk majlis berbuka puasa bersama YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat, anak-anak asnaf dan yatim ini mengerjakan solat isyak berjemaah bersama Jerlun Bikers 05. Jam lebih kurang jam 6.00 petang, ketibaan YAB Menteri Besar Kedah di Masjid Al-Najah. Dalam jam 6.30 petang pula, YAB Tun Dr Mahthir bersama isteri, YAB Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyusul tiba disambut anakanda mereka, YAB Menteri Besar Kedah. Selesai majlis berbuka puasa, penduduk Jerlun solat maghrib berjemaah bersama-sama. Majlis bersurai lebih kurang jam 9.00 malam. ~ kNor ~

Previous Post

Kawasaki Z900RS

Next Post

Yamaha RX3 1983, Retro Mania

Next Post

Yamaha RX3 1983, Retro Mania

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved