Seramai 502 orang peserta telah terlibat dalam Ride King Bhumibol Adulyadej yang dimulakan dari perhentian RNR Sg Buluh Jejantas menuju ke Pattani, Thailand. Diadakan selama 3 hari bermula 4 Disember hingga 6 Disember 2015, para peserta telah dilepaskan sekitar 6:45 pagi hari Jumaat. Para peserta berhenti solat Jumaat sebelum sampai ke destinasi dan mendaftar di CS Hotel sebaik tiba di Pattani. Kembara ini turut disertai beberapa kelab motor dari Malaysia dan Thailand seperti Tabuan Motor, GL Gold Wing Club Of Thailand, Gombak Bikerz Club, NVOG, KBC dan banyak lagi.
Pelbagai aktiviti-aktiviti disediakan termasuklah konvoi ke Masjid Raya Istana Saiburi, lawatan Kampong Pasayyawa Bandar Saiburi, Istana Yaring, Pantai Talo Samilae, Pantai Budi, Pantai Talo Kappo, telaga Sheikh Dawud Kampong Barahom. Hari kedua disudahi dengan acara kemuncak jamuan makan malam bersama pemerintah Wilayah Pattani serta wakil Raja. Keesokan harinya, para peserta melawat Kilang mencetak AlQuraan Arabi di Kampong Taluboh dan melawat Masjid Najmudin 300 tahun, Masjid Bagolaga Kampong Saikaw, Bandar Kokkpo dan singgah ke Air Terjun Saikaw dan bertolak ke Majlis Islam Wilayah Pattani untuk jamuan dan sesi bergambar sebagai acara penutup.