Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jadikan Jalan Raya Tempat Yang Selamat, Bukan Kawasan Maut!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-09-21
in BULETIN, UTAMA
0

Perkara paling penting untuk menjadi seorang penunggang yang baik tentulah mempunyai kemahiran menunggang serta cekap mengendalikan motosikal. Seterusnya, sikap bertanggungjawab. Kalau setakat mahir mengendalikan motosikal tanpa ada rasa tanggungjawab, kecenderungan mengabaikan peraturan akan menjadi punca berlakunya kemalangan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Berbalik kepada perkara pertama yang disentuh di awal-awal tadi, kemahiran menunggang dan mengendalikan motosikal. Tidak kiralah samada anda penunggang kasual, pengguna motosikal atau seorang peminat tegar dan juga penunggang profesional. Meningkatkan kemahiran anda menunggang motosikal bermaksud perbezaan antara hidup dan mati. Apa maksudnya?

Apabila anda berkemahiran dan mempunyai teknik-teknik tersendiri, setiap perjalanan dinikmati dan menjadi sebahagian gaya hidup. Manakala penunggang yang kurang mahir, terpaksa mengingati langkah apa yang perlu dilakukan serta tidak yakin dengan diri sendiri terutamanya apabila tiba di selekoh. Anda tentu tidak mahu menjadi salah seorang penunggang yang begitu, kan?

Berikut, 10 tips mudah yang boleh membantu agar menjadi seorang penunggang yang lebih baik!

1. Sentiasa Peka
Jangan berangan-angan dan banyak berkhayal. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, kelajuan motor anda dan juga jaga ruang. Bersedia setiap kali berhadapan dengan keadaan yang bermasalah. Sekiranya anda nyaris-nyaris menempuh masalah dan ia berlaku terlalu kerap, maksudnya anda lebih banyak bertindak balas tanpa memikirkan terlebih dahulu cara mengatasi masalah.

Contoh, anda dapat lihat lopak beberapa meter di hadapan tetapi tidak dapat menjangka sebesar mana. Seorang penunggang yang bijak akan memastikan keadaan sekeliling seimbas lalu. Apabila yakin keadaan selamat, perjalanan diteruskan dengan mengelak lopak tadi. Sebaliknya, penunggang yang kurang mahir pula berhadapan masalah untuk membuat banyak benda dalam masa yang singkat. Akhirnya, melanggar lopak tadi dan nyaris bergesel dengan pengguna jalan raya lain seperti kereta atau penunggang motosikal.

2. Pandang Lebih Jauh Ke Hadapan
Kelemahan yang dihadapi oleh ramai penunggang apabila tidak mahu memandang lebih jauh ke hadapan. Sudut pandang manusia hanya beberapa sentimeter di hadapan sekiranya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya khususnya apabila berada di atas jalan raya. Jika perkara itu berlaku, anda akan mengambil masa lebih lama untuk bertindak balas dan tidak cukup ruang atau tempat untuk mengelak.

Tambahan pula, pandangan sisi berkurangan dan anda tidak mampu melihat kereta yang laju melencong ke arah laluan anda. Jadi, sentiasa perhatikan jalan di hadapan anda sejauh mungkin dan kekal ‘mengimbas’ kelebaran jalan untuk memastikan pandangan serta minda kekal aktif. Jangan terlelap walau sesaat!

3. Kekalkan Pandangan Yang Luas
Sepertimana yang disebut tadi, kekalkan pandangan anda yang meluas dengan mengimbas keadaan jalan samada di hadapan atau belakang seperti sebuah radar. Pandangan yang luas membantu memperlahankan kemungkinan sebarang masalah yang berlaku pada mana-mana kelajuan. Apabila memecut pada kelajuan tinggi, ia mengecilkan sudut pandangan dan membuatkan anda seolah-olah terbang. Jika sesuatu berlaku seperti jarak selekoh yang singkat atau kereta dari arah bertentangan yang sedang laju serta ‘makan’ jalan pasti membuatkan anda terkejut sebelum hilang kawalan. Betul?

Oleh itu, kekalkan pandangan yang luas untuk mengelak kejutan dari arah bertentangan. Sudut pandangan yang lebih luas dapat membantu anda mengelak kerana ada masa serta ruang untuk ‘melarikan’ diri dari bahaya.

4. Posisi Badan
Duduk sedikit ke belakang dan meninggalkan anggaran 2.5 cm (1 inci) di antara tangki dan celah kangkang. Posisi ini membuatkan pengendalian lebih ringan dan badan di bahagian atas ada ruang untuk membongkok dengan santai sekaligus memberikan keselesaan. Ketatkan kawalan di bahagian sisi tangki minyak dengan lutut dan paha untuk memberikan keselesaan di bahagian torso. Ingat, kaki sentiasa di atas tapak pemijak kaki.

5. Santai!
Pastikan cengkaman pada tangan, torso dan leher longgar kerana ia akan meningkatkan keselesaan, motosikal dikawal dengan lebih baik. Pengendalian menjadi lebih baik kerana anda tidak memberi tekanan berlebihan terhadap motor dan membiarkan ia bergerak dengan sendiri. Jika anda terlalu menekan dan mencengkam dengan kuat, ia seolah-olah bergaduh dengan motosikal.

6. Lancar
Pernah perhatikan penunggang profesional setiap kali beralih dari memecut kepada membrek dan kembali memecut? Semuanya dilakukan dengan lembut dan lancar bagi mengelak tekanan atau paksaan berlebihan terhadap motosikal yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan. Melakukan semuanya dengan lancar juga bermaksud anda tidak mendesak terlalu banyak input dalam satu-satu masa seperti menarik brek ketika menuruni bukit atau mengambil selekoh. Nak tahu satu rahsia? Seorang penunggang motosikal yang lancar boleh mengendalikan tayar yang hampir tiada bunga atau jalan licin dengan cukup baik.

7. Menunggang Dalam Hujan
Bercakap tentang keadaan jalan raya yang licin, menunggang dalam hujan mengajar anda untuk mengawal motor dalam keadaan santai dan lancar. Selain itu, mengetahui kemampuan sebenar tayar dan motosikal anda.

8. Latih Kemahiran Membrek
Jangan guna brek semata-mata untuk hidup atau matikan suis tetapi guna sebagai mengawal kelajuan. Cari jalan yang kosong atau lot parkir dan berlatih kemahiran atau teknik membrek. Ketahui berapa banyak tekanan yang diperlukan untuk memperlahankan atau melajukan motor.

Dalam masa yang sama, ketahui juga jarak yang diperlukan untuk memberhentikan motor sepenuhnya pada kelajuan tertentu. Cari jumlah tekanan yang diperlukan untuk mencetuskan ABS agar bertindak balas dan ketahui bagaimana sistem selepas diaktifkan. Belajar cara mengawal motor ketika ABS diaktifkan. Bukan itu sahaja, rasakan bagaimana ketika tayar terkunci atau tergelincir.

9. Tunggang “Dirt Bike”
Dengan menunggang dirt bike mengajar anda asas sebenar kawalan pendikit, membrek, input penunggang, traksi dan lain-lain lagi. Anda tidak perlu jadi Gabit Saleh, cukup sekadar mendaftar Most Fun Gym atau Moto Maniac dan berlatih atas permukaan rata. Anda akan terkejut dengan kemahiran menunggang selepas itu.

 

10. Daftar Ke Sekolah Menunggang Lanjutan
Kemungkinan besar, kurang 1% penunggang motosikal di Malaysia yang berbuat sedemikian. Kekurangan kemahiran penunggangan lanjutan adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada jumlah kemalangan yang tinggi melibatkan penunggang motosikal. Jangan sesekali beranggapan, anda tidak perlu belajar lebih tentang ilmu dan kemahiran menunggang motosikal. Penunggang profesional pun sering menghadiri sekolah menunggang lanjutan seperti di California Superbike School Malaysia. Malah, banyak lagi boleh dipilih mengikut jenis motosikal dan sesuai dengan bajet anda.

BONUS
Hadiri program trackday. Tidak perlu memaksa diri dengan menunggang di laluan pelumba. Pergi dan berseronok di litar dengan keadaan sekeliling yang dikawal ketika anda berlatih untuk mengasah kemahiran menunggang. Anda juga boleh menambah kenalan yang mungkin lebih pantas dan membawa anda ke sekeliling litar.

Previous Post

Sedia Menyaingi Ducati Multistrada Dengan Peningkatan Kuasa Lebih Signifikan?

Next Post

Dilengkapi Komponen Brembo Dan Ohlins, Satu Lagi Penambahan Naked Bike Dalam Keluarga SE

Next Post

Dilengkapi Komponen Brembo Dan Ohlins, Satu Lagi Penambahan Naked Bike Dalam Keluarga SE

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved