Tayar RS900 TL merupakan model terbaharu FKR dan merupakan tayar bagi kegunaan jentera dua roda dalam kategori sport. Sudah pasti, apabila berbicara mengenai tayar untuk kegunaan jentera sport, ia diperbuat daripada material dwi-kompaun yang mana luas bunga tayar (tread) besar memberikan cengkaman tinggi atas permukaan kering sama ada di jalan lurus atau selekoh.
Corak bunga juga menampilkan ciri alur pendek, walaupun kurang efektik untuk mencengkam jalan basah, namun ia berfungsi sebagai ruang fleksibiliti yang membolehkan jejak tayar berubah bentuk mengikut kondisi permukaan jalan.
Bagi mereka yang sering berlibur di hujung minggu, tayar jenis ini sesuai untuk tunggangan santai ke destinasi pilihan. Kepada mereka yang berhasrat untuk menunggang di atas trek tarmac atau track-day, RS900 TL juga mampu menerap segala halangan itu.
RS900 TL adalah model tayar terbaharu bagi jentera bersegmen sport dan anda boleh mendapati beberapa saiz pilihan seperti 90/80-17 RS900 TL 46S, 100/80-17 RS900 TL 52S, 120/70-17 RA900 TL 58S, 130/70-17 RS900 TL 62S dan saiz 150/60-17 RS900 TL 66S.
Seperti dimaklumkan, memandangkan RS900 TL tayar dalam segmen Sport dan Sport Touring, ia juga masih mempunyai kemampuan dan kualiti yang cukup untuk tunggangan di atas litar.
RS900 TL masih mampu memberi cengkaman yang lebih cemerlang sekali pun berdepan dengan cuaca ekstrem dan hujan sepanjang perjalanan anda kerana itu ia berbeza berbanding tayar biasa.
Bukanlah bermakna dengan menggunakan tayar ini anda masih dapat mengambil selekoh pada sudut ekstrem walaupun semasa hujan lebat tetapi penggunaannya lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh sebagai contoh sedikit sebanyak meningkatkan lagi keyakinan tunggangan anda.
Jika lihat dan mampu mentafsirkan maksud tagline ‘Be The Best, Beat The Rest’ pasti anda cukup yakin akan kemampuan FKR. Cukup signifikan bagi yang mengetahui akan maksud tajuk yang terpampang pada iklan tayar FKR model RS900 TL.
Bukan sekadar tagline, hasrat FKR Marketing Sdn Bhd memaparkan tajuk ini tidak sekadar ayat semata-mata. Kualiti adalah keutamaan FKR dan kepuasan pelanggan diberi keutamaan khususnya bagi menghasilkan tayar yang terbaik dan pilihan utama pengguna.
* Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Fkr Marketing Sdn Bhd
No. 2A, Jalan Wawasan 3/Ku7,
Sungai Kapar Indah,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel :
03 – 3291 1901/ 03 – 3291 0178-80
Emel :
Domestik: leefkr@gmail.com
Eksport: stevenng@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/fkrmarketingsdnbhd/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCb7vWB5poG1Nvj2KsnH_r9A?fbclid=IwAR2PbJ_vocIAjhXYslNcUmfOXckLtAyMBGLS_HyYITNRVc3BUgkCHZYKIvw
Web : http://www.fkr.com.my