Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jadi Saksi Pertemuan Dua Sahabat

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-12-05
in SHOW OFF, UTAMA
0

“Untung kalau ada kawan yang sama ‘kepala’ berkongsi minat dan hobi sama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan serta cita rasa tersendiri,” ujar Nasir Mat Zin, 42 tahun ketika memulakan bicara bersama penulis bagi memenuhi ruangan ‘dual’ Show Off kali ini.

Bersama rakannya Ishak Ibrahim, 50 tahun, kedua-duanya yang berasal dari negeri Kedah namun bermastautin dan mencari rezeki di negeri selatan tanah air. Namun menariknya, kedua-dua memiliki persamaan iaitu berjiwa motosikal dan hobi modifikasi motosikal.

Ada kisah menarik dua sahabat ini kerana pertemuan antara Nasir dan Ishak berlangsung secara tidak terduga. Bertitik tolak dari pertemuan tidak terduga sehinggalah kisah mereka memiliki jentera yang sama menjadikan persahabatan mereka terus kekal sehingga hari ini.

Bercerita mengenai pertemuan awal dua sahabat ini, ia berlaku ketika kedua-duanya dalam perjalanan menuju ke utara tanah air. Lokasi peristiwa berlangsung di Hentian Rehat dan Rawat Tangkak, Johor memberi kesempatan untuk kedua-dua membuka lembaran baharu sebuah kisah persahabatan.

“Pada mulanya saya melihat abang Ishak tengah berehat mungkin dek kepenatan selepas mengharungi perjalanan yang jauh. Tatkala itu, saya tidak tahu dari mana destinasinya atau ke mana hala tujunya.

“Cuma, saya terdetik dalam hati untuk menegurnya sebaik melihat dia membonceng motosikal Benelli TRK untuk mencari ‘parking’ motosikal di kawasan terbabit,” ujar Nasir Mat Zin Ketika membuka bual bicara bersama penulis.

“Saya menegur sapa (Ishak) memandang dia membonceng TRK. Jika bukan jentera tersebut, mungkin saya sekadar berbalas senyuman dan pertemuan kami berdua seperti angin lalu sahaja,” ujar Nasir tatkala mengimbas kembali detik pertemuan terbabit.

Berkongsi kisah mengenai jentera Benelli TRK 502 X, Nasir yang kerap melontarkan jawapan dari segala pertanyaan penulis menjelaskan bahawa jentera ini merapatkan hubungan ukhuwah antara mereka berdua.

Menarik bagi kedua-dua pemilik Benelli TRK 502 X ini, mereka berdua turut membeli jentera pengembaraan ini pada tahun yang sama iaitu sekitar tahun 2022. Meskipun model Benelli ini hadir pada tahun 2021, mereka sekadar berkesempatan memiliki pada tahun berikutnya.

Berkisar kepada minat dan keterampilan yang dikehendaki ke atas model ini, kedua-duanya memiliki perspektif berbeza tatkala menampilkan imej motosikal mereka agar dilihat lebih menarik dan sporty.

Di satu sudut, Nasir lebih dominan berbanding Ishak. Nasir dilihat cenderung dalam penambahan aksesori yang ingin diketengahkan. Manakala Ishak sekadar ‘menempel’ sudut tertentu untuk mendapatkan keterampilan yang lebih segar biarpun kedua-duanya memiliki citrasa tersendiri sekali gus menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing.

Menurut Ishak, jiwanya yang lebih sentimental membuatkan dirinya lebih terarah kepada bakat seni. Pemasangan beberapa pelekat (sticker) memperlihatkan jiwa yang lebih halus dan berseni. Ishak lebih banyak menampilkan Benelli TRK502 menerusi tampalan dan kreativitinya dalam ‘mainan’ sticker ke atas jentera.

Manakala Nasir pula lebih menjurus kepada dunia pengubahsuaian dan dengan ilmu kemahiran yang dimiliki, Nasir berkemahiran dalam bab-bab mekanikal serta lebih menjurus ke arah modifikasi enjin dan penampilan yang lebih ranggi.

Tidak hairanlah, Benelli TRK 502 X Nasir dilihat kacukan kepada jenama BMW GS. Bukan itu sahaja, model TRK 502 X itu turut dipadankan dengan beberapa komponen antaranya kotak penyimpan, ‘spotlight’ dan juga crash bar.

Sekalipun berbeza idea dan penampilan, Nasir dan Ishak sepakat dan beranggapan bahawa Benelli TRK502 mempunyai cita rasa tersendiri. Model yang sesuai dengan jiwa mereka dan mungkin juga peminat di luar sana.
“Bagi penggemar aktiviti pengembaraan, TRK 502 X amat sesuai bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti dihujung minggu. Dari satu sudut, harganya masih tetap mampu dimiliki berbanding model Eropah mahupun jenama dari Jepun yang jauh lebih mahal.

“Begitu juga idea dan kreativiti yang kami hasilkan, sudah pasti ia satu kepuasan apabila setiap rekaan yang diadaptasi dan diakhiri dengan penghargaan dari setiap penganjuran, membuatkan hasil kerja kami dihargai.

“Cabaran utama sudah pastinya membabitkan kos. Malah, ada masanya apa yang kami lakukan tidak semestinya menjadi dan ia perlu dilakukan lagi sehingga berjaya selain turut membabit penambahan kos dan masa,” ujar Nasir sambil Ishak mengiyakan segala jawapan yang dilontarkan oleh sahabatnya.

Mengenai hala tuju kerja modifikasi, kedua-duanya berhasrat untuk terus ‘berkarya’ dalam menghasilkan rekaan unik pada masa hadapan dan dapat bersaing dengan pencabar lain dari nilai estetika dan tontonan umum.

Profil Nasir
Nama: Nasir Mat Zin
Asal: Kedah
Umur: 43 tahun
Kerjaya: Mekanik
Status: Berkahwin
Minat Motosikal: Tahun 2001
Kejayaan: Best Stiker Tahun 2021
Motosikal: Benelli TRK 502X
Tahun: 2021
Modifikasi:
– Convert Ke BMW GS
– Box
– Spotlight
– Crash Bar

Profil Ishak
Nama: Ishak Ibrahim
Asal: Kedah
Umur: 50 Tahun
Karier: Berniaga
Status: Berkahwin
Minat Motosikal: Tahun 2000
Kejayaan: 5 Kali Podium Kategori Stiker
Spesifikasi: Touring
Motosikal: Benelli TRX 502X
Tahun: 2021
Modifikasi: Ubah Suai Ekzos

Previous Post

Terengganu Jadi Pilihan Perasmian Skuter Cilik

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved