Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Islamic Bike Fest 2019 Vol. 3 Karnival Motosikal Islam 3.0 Menggamit Puluhan Ribu Pengunjung

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-22
in BULETIN, UTAMA
0

Kepala Batas: Karnival Motosikal Islam kali ke-3 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Julai lalu di venue yang sama sebelum ini iaitu di ‘the Bikers Mosque’ Masjid Abdullah Fahim, Bertam SPU telah berjaya mengekalkan momentumnya sebagai karnival patuh shariah yang berjaya menggamit puluhan ribu pengunjung tempatan dan antarabangsa antaranya dari Singapore, Indonesia dan Thailand.

Intipati festival ini yang bukan menumpukan kepada program-program menjurus kepada sukan bermotor sahaja tetapi mengenengahkan pelbagai program yang menyantuni semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak dan remaja. Antara program yang mendapat sambutan hebat ialah Kayuhan Ukhuwah (80km), Pertandingan Qasidah, Pertandingan Memanah, Pertandingan Memasak, Festival Silat Nusantara, Forum Subuh, Kuliah Dhuha Muslimat, Kuliah Dhuha Mualaf, Kuliah Maghrib, Forum Perdana IBF, Malam Santai Anak Muda bersama Artis Hijrah, Mega Ride Amal ke CCRC AADK Kampung Selamat, aksi stunt, aksi pocket bike, kursus penunggangan selamat bersama Wazi dan TV3 Bikers, larian muhibbah, himpunan motosikal super moped bawah 200cc, himpunan motosikal klasik, sudut Kartunis Gayour, Ijtimak Overlander serta Perasmian Malaysia Local Route oleh Timbalan Menteri Pelancongan.

Festival Motosikal Islam ini dirasmikan oleh TYT Tun Dr. Abdul Rahman Bin Abbas, Gabenor Pulau Pinang pada 7hb Julai jam 9.30 malam. Ramai selebriti-selebriti dakwah yang terlibat dalam program-program di atas antaranya Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hanafiah Malik, Ustaz Jafri Abu Bakar, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Aswad Nasrun, Hj. Shamsul Ghau-Ghau, Maulana Helmi, Ustaz Khan Daie, dR Sam, Ali XPDC, Ijam Medicine, Zul Handy Black bersama Salam Buskers, Ustaz Dato’ Kazim Elias, Ustaz Shamsul Debat, Ustaz Shafie Yusof Ghani, Ustazah Fatimah Syarha dan Daie Afiqah. Sokongan dari pelbagai kelab motosikal dari seluruh semenanjung juga amat menggalakkan.

Festival ini yang telahpun terbukti berjaya sebelum ini hasil kerjasama Masjid Abdullah Fahim dan Northern Versys Owners Group (NVOG) mendapat sokongan penuh oleh JHEAIPP bersama masjid negeri serta masjid-masjid daerah yang lain.

Objektif utama adalah mengangkat martabat program pengimarahan masjid berbentuk mega dan patuh shariah. Festival ini diterajui oleh Ustaz Zul Khairi Ramli dan mendapat sokongan dari Pegawai Daerah SPU, Tuan OCPD Daerah SPU bersama pasukan PDRM, MPSP, Bertam Properties SB, Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh dan banyak pihak lagi. Festival ini berjaya mengangkat masjid sebagai tarikan kepada pelancong domestik dan luar negara dan pastinya mengharumkan nama negeri Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang menyajikan festival motosikal Islam patuh shariah bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Gambar dan Teks : Fazrul Shahril

Previous Post

Pakwan Fitness Academy

Next Post

Kawasaki Z125 Pro SE

Next Post

Kawasaki Z125 Pro SE

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved